Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Tok Mokgol : Ulama besar bumi Fathani



Nama sebenar Pengasas Pondok Mokgol ini ialah Tuan Guru Haji Hassan Bin Muhammad Amin dan beliau dilahirkan di Kampung Tedung, Rakak, Patani pada tahun 1896. Sebahagian orang memanggil beliau dengan panggilan Tok Mokgol. 

Pendidikan awalnya bermula di Patani dengan memasuki beberapa buah pondok termasyhur seperti Pondok Mapat, Pondok Chaok dan Pondok Bermin. Selepas tamat ketiga-tiga pondok ini, beliau pun menyambung pengajiannya ke Mekah al-Mukaramah pada tahun 1924. Di sana beliau belajar di pengajian berkitab halaqah Masjidil Haram selama kira-kira 6 tahun.

Di antara guru-guru beliau ialah :

1. Tok Mapat ( Belajar 5 tahun )
2. Tok Chaok ( Belajar 4 tahun )
3. Tok Bermin
4. Syeikh Muhammad Ali al-Maliki
5. Syeikh Mukhtar Attarid Bogor
6. Pak Cik Wan Daud al-Fathani @ Syeikh Wan Daud Bin Wan Mustaffa
7. Pak Da Eil Mekah
8. Syeikh Abdul Rahman al-Hindi
9. as-Syahid Tuan Guru Haji Sulong al-Fathani

Beliau pulang ke Patani pada tahun 1930 dan mengajar di beberapa buah pondok sebelum membuka pondoknya sendiri. Tuan Guru Haji Hassan juga digelar "Faqih" oleh penduduk setempat kerana alim di dalam ilmu Fiqh.

Di antara anak murid beliau ialah :

1. Tuan Guru Haji Mat Dagang - Pengasas Pondok Bendang Pedur
2. Tuan Guru Haji Yaakub Kelong - Berangan, Tumpat, Kelantan ( Menantu beliau )
3. Tuan Guru Haji Ya’qub Pelapong
4. Tuan Guru Haji Abdul Majid - Kok Min, Senggora
5. Tuan Guru Haji Ya’qub - Panjang, Rakak
6. Tuan Guru Haji Cik Pik - Cenok
7. Tuan Guru Haji Ramli - Bukit Senin , Kedah
8. Tuan Guru Haji Ya’qub - Kubang Saman
9. Tuan Guru Haji Husayn - Cenok, Kampung Banur
10. Tuan Guru Haji Abdul Rashid - Senggora
11. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Pombeng
12. Tuan Guru Haji Abdul Rashid Warak - Carak Kerian, Teluban
13. Tuan Guru Pak Su Lah - Perlis
14. Tuan Guru Haji Abdul Majid Tendung ( Menantu beliau )
14. Tuan Guru Haji Pak Cik - Tendung
15. Tuan Guru Haji Muhammad Ramli - Belukar Tengah, Rakak
16. Tuan Guru Haji Wan Nuh - Bendang Tal, Kelaba
17. Tuan Guru Haji Ya’qub - Bonggol Kekabu, Telaga Sembilan
18. Tuan Guru Li Caya
19. Tuan Guru Haji Awang - Tendung
20. Tuan Guru Haji Pak Cu Salam - Negeri Sembilan
21. Tuan Guru Haji Awang Jabat - Narathiwat
22. Tuan Guru Haji Muhammad - Hwa Khao, Senggora

Atas kebolehannya beliau telah dilantik menjadi panel hakim Majlis Agama Islam Patani selepas perang dunia ke 2. Beliau juga turut aktif di dalam pertubuhan yang diasaskan oleh guru beliau, as-Syahid Tuan Guru Haji Sulong al-Fathani. Beliau meninggal dunia ketika berusia 73 tahun.

Sumber : Buku Ulama Besar Dari Patani, Tengku Yusoff






KONGSIKAN:



Ads Bottom