Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Penemuan tidak disengajakan fosil dinasour di Myanmar



Ini adalah penemuan penting berasal dari negara Myanmar. Pada mulanya, objek ini dianggap sebagai tumbuhan dan dijual sebagai perhiasan di pasar di Myanmar. Dikisahkan pada tahun 2015, seorang ahli 
paleontologi dari Universiti Geosains, China, bernama Lida Xing melawat sebuah pasar tempatan disana dan melihat ambar (getah/resin pohon yang memfosil) yang digilap. 

Xing kemudian menyedari ada sesuatu yang tidak kena dalam ambar tersebut. Lalu beliau mencadangkan agar Institut Paleontologi Dexu membeli ambar itu untuk mengkajinya. 

Apabila diteliti lebih dekat, ternyata apa yang ada di dalam ambar itu bukanlah tumbuhan. Analisis terperinci telah mendedahkan bahawa struktur yang diperlihara tersebut adalah segmen ekor dinosaur, termasuk bulunya.

Ambar memelihara ekor yang terdiri daripada lapan vertebra, lengkap dengan bulu. Analisis menunjukkan bahawa bulu berwarna coklat di bahagian atas dengan bahagian bawah pucat atau putih. 

Pemeriksaan lebih dekat pada tunggul ekor mendedahkan bahawa lapisan tisu lembut yang mengelilingi tulang mengandungi kesan besi, sisa hemoglobin (terdapat dalam darah). 

Ekor itu dipercayai milik dari seekor dinosaurus yang masih kecil bernama Coelurosauria. Kelompok atau kaum kerabat dari spesis dinosaur ini lebih hampir dengan burung moden iaitu aves. 

Menurut laporan penulis kajian, berkemungkinan dinosaur kecil itu terperangkap dalam amber semasa masih hidup 99juta tahun yang lalu dan mati kerana gagal membebaskan dirinya. Ambar itu dipamerkan di Muizum Royal Saskatchewan, di Regina, Kanada.


Sumber :

Xing, Lida et al. (2016). "A Feathered Dinosaur Tail with Primitive Plumage Trapped in Mid-Cretaceous Amber". Current Biology, Volume 26, Issue 24, 3352 - 3360. Website Geologyin (Rare Feathered Dinasaur Tail Trapped in Amber)



KONGSIKAN:



Ads Bottom