Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

16-Disember

Masukkan carian anda di sini !

Anggota Unit Khas 101 bertemu setelah tiga dekad terpisah


 


Anggota unit khas 101 dalam Briged Al-Qassam akhirnya bertemu kembali selepas 33 tahun setelah dibebaskan dari penjara Israel melalui pertukaran tahanan pada Oktober 2025.  Apakah kisah mereka? Anggota terakhir kumpulan dari Briged Al-Qassam, yang dikenali sebagai Unit Khas 101, dibebaskan pada tahun 1990an untuk membebaskan pengasas pergerakan Hamas, Sheikh Ahmed Yassin.

Anggota unit dapat bertemu buat kali pertama selepas 33 tahun penahanan mereka, selepas pembebasan tahanan Mahmoud Issa, yang merupakan ketua unit tersebut.

Matlamat penubuhan unit ini adalah untuk membebaskan Sheikh Ahmed Yassin selepas penangkapannya. Unit yang terdiri daripada empat orang iaitu Mahmoud Issa, Mahmoud Atoun, Mousa Akkari, Majed Quteish, merancang untuk menangkap seorang tentera penjajah dan melaksanakan operasi pada 13 September 1992.

Unit tersebut memberi tempoh sepuluh jam kepada penjajah Israel untuk memenuhi tuntutan mereka, yang paling utama adalah pembebasan Sheikh Ahmed Yassin, jika tidak mereka akan membunuh Tolidano, askar Israel yang diculik untuk imbalan pembebasan Syeikh Ahmed Yassin.

Perdana Menteri ketika itu, Yitzhak Rabin, menolak untuk berunding mengenai pembebasan Tolidano sebagai pertukaran untuk Sheikh Ahmed Yassin.

Usaha penjajah untuk mencari Tolidano gagal, dan nasibnya hanya diketahui selepas dua hari apabila seorang penggembala menemui mayatnya di kawasan kosong di jalan Jerusalem ke Jericho. Tekanan demi tekanan yang digerakkan pejuang Hamas akhirnya membawa kepada pembebasan Syeikh Ahmed Yassin.




KONGSIKAN:



Ads Bottom