Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Variasi Tanpa Limitasi

Masukkan carian anda di sini !

Tersungkurnya keangkuhan Belanda di kaki Sultan Ibrahim




Pada 27 Jun 1785,angkatan tentera yang diketuai oleh Sultan Ibrahim Shah dalam misi menawan semula Selangor telah menyebabkan kekalahan Belanda di Selangor.

Orang - Orang Belanda di bawah pimpinan Komander Gerardus Zwykhardt dan August Gravensteyn terpaksa lari meninggalkan kubu-kubu mereka di Kuala Selangor dan berangkat ke Melaka. Orang-orang Belanda itu dapat dikalahkan oleh angkatan tentera Sultan Ibrahim Shah, Sultan Selangor yang kedua yang diketuai baginda sendiri bersama bantuan seramai 2,000 orang dari Bendahara Abdul Majid dari Pahang.

Serangan keatas kubu-kubu itu dilakukan pada waktu malam pada 27 Jun 1785 . Ketika kompeni Belanda berkuasa di Kuala Selangor, mereka mengambil alih kubu-kubu yang dirampas dari kerajaan Selangor . Mereka melantik Raja Muhammad Ali Siak sebagai pemangku Yang Dipertuan Selangor. Tetapi akhir Sultan Ibrahim dan pengikutnya dengan bantuan orang-orang Pahang berjaya merampas kembali kubu Kuala Selangor dan mengusir orang Belanda dari situ.

Apabila Sultan Ibrahim telah menguasai semula kubu Kuala Selangor, baginda telah memperbaiki kubu-kubu tersebut dan termasuk kubu - kubu di atas kawasan bukit Kuala Selangor. Melihatkan kekuatan kerajaan Sultan Ibrahim ini,  Belanda memutuskan untuk berbaik-baik dengan Sultan dan berikutan dari situasi ini, terbentuk sebuah perjanjian yang ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak. 

Sesungguhnya kemenangan yang dicapai ini mampu menebus kembali kekalahan Selangor yang sebelumnya. Dengan adanya semangat bersatu dikalangan rakyat dan raja² merupakan penyumbang kepada kejayaan tersebut.

Oleh : Abd Halim Sejarawan/The Sejarah, Arkib Negara

Ikuti kami di TELEGRAM klik https://t.me/xplorasicom
Iklan

Perkhidmatan Ejen Setem (STAMPING)
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

📄 Perjanjian Sewa
👔 Kontrak Kerja
🎓 Pinjaman Pelajaran
📦 Perbekalan & Perkhidmatan
📑 Lain-lain dokumen

Penghantaran dokumen permohonan di dalam format PDF dan serahan sijil e-Setem akan di serahkan melalui WhatsApp sahaja. Ketulenan sijil e-Setem boleh disemak di laman sesawang stamps.hasil.gov.my. Dipercayai, mudah dan pantas.

Ejen Berdaftar LHDN (No: 629732)

HUBUNGI 011-12663461

WHATSAPP SEKARANG


KONGSIKAN:



Ads Bottom