Pada 30 Mac 1946, Stockport County menentang Doncaster Rovers di Stadium Edgeley Park di England. Ini adalah perlawanan kalah mati Piala Utara peringkat ketiga.
Kedua pasukan bersiap-sedia untuk perlawanan yang tanpa mereka disedari akan mencatatkan sejarah sebagai perlawanan bola sepak paling lama pernah dimainkan.
Selepas perlawanan yang sukar dan keputusan seri 2-2 dalam 90 minit biasa, masa tambahan pun bermula. Zaman itu, tiada penalti atau had masa. Permainan akan diteruskan sehingga seseorang menjaringkan gol kemenangan.
Kedua-dua pihak tidak dapat memecahkan kebuntuan. Bola bergerak ke sana ke mari melintasi padang, sehinggalah pemain Stockport menjaringkan gol pada minit ke-173.
Namun, jaringan itu tidak dibenarkan dan pengadil mengarahkan permainan disambung semula. Kedua-kedua pasukan dan penonton menyeru agar perlawanan diakhiri.
Setelah masuk pada 3 jam 23 minit, perlawanan akhirnya dihentikan. Bukan kerana keletihan pemain, tetapi kerana malam semakin tiba dan tiada lampu di Stadium.
Perlawanan itu dimainkan semula beberapa hari kemudian dengan Doncaster Rovers menewaskan Stockport 4-0.
KONGSIKAN: