KUALA SELANGOR – Sebuah resort di tengah-tengah kawasan sawah padi di Sekinchan ini tampak tenang dan memukau dengan pemandangan sekeliling menghijau yang menjadi tumpuan pengunjung setiap hujung minggu.
Namun di sebalik keindahan itu, tersembunyi kegiatan licik di mana terdapat sambungan paip air haram yang membolehkan premis tersebut menikmati caj penggunaan air yang sangat rendah sejak bermulanya operasi mereka, setahun lalu.
Kegiatan curi air yang sama turut dikesan di dua buah lokasi iaitu sebuah kolaModus operandi berkenaan dilakukan pemiliknya untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda dengan cara mencuri air melalui penyambungan haram dalam tanah dari saluran paip utama.m memancing di Desa Kemuning, Shah Alam serta depoh logistik di Klang yang menggunakan air curi untuk mencuci lori dan jengkaut.
Modus operandi berkenaan dilakukan pemiliknya untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda dengan cara mencuri air melalui penyambungan haram dalam tanah dari saluran paip utama.
Namun sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.
Hasil risikan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui agensinya, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bersama Air Selangor, akhirnya membongkar kegiatan yang merugikan jutaan ringgit setahun kepada operator air negeri.
Sinar Harian yang turut mengikuti serbuan serentak di tiga lokasi itu dijalankan selepas beberapa minggu pemantauan teknikal berikutan penurunan tekanan air luar biasa di kawasan terbabit.
Menurut Pengarah Komunikasi Strategik SPAN, Ts Mohd Fazil Ismail, operasi tersebut diselaraskan selepas laporan diterima daripada Air Selangor.
“Risikan bermula daripada aduan pengguna dan operator tentang tekanan air yang menurun mendadak. Hasil siasatan menunjukkan ada sambungan mencurigakan di tiga premis itu,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui baru-baru ini.
Beliau berkata, pasukan teknikal Air Selangor menggunakan sistem digital untuk mengesan corak aliran air yang tidak konsisten.
“Bila kita dapati bacaan meter terlalu rendah berbanding penggunaan sebenar, kita tahu ada sesuatu yang tak kena,” jelasnya.
Selepas pengesahan dibuat, pasukan penguat kuasa SPAN memperoleh waran dan menjalankan serbuan bersama anggota Air Selangor bagi mengenal pasti punca sebenar kehilangan air di kawasan berkenaan.
600 meter sambung paip haram
Pemeriksaan resort di Sekinchan mendedahkan berlaku aktiviti penggunaan air secara curang di mana terdapat penyambungan paip haram di bahagian luar pagar.
Bil air resort tersebut pernah merekodkan penurunan sehingga RM36 sebulan, jumlah tidak masuk akal bagi premis penginapan yang mempunyai lebih 40 bilik berharga antara RM120 hingga RM500, dilengkapi dewan keramaian dan kafe.
Berdasarkan purata penggunaan, bil yang sepatutnya dikenakan terhadap resort itu adalah sekitar RM3,000 sebulan, mengambil kira resort berkenaan sering mencapai kadar penghunian 100 peratus pada musim cuti.
Siasatan Air Selangor sebelum ini mendapati terdapat tiga paip yang disalur masuk ke dalam premis tetapi pada hari serbuan, salah satunya telah diputuskan.
KONGSIKAN: