Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Variasi Tanpa Limitasi

Masukkan carian anda di sini !

Sehinggakan jong Melayu dilarang berlabuh di pelabuhan China


Catatan Portugis menyatakan jong-jong Melayu lebih besar dan menggerunkan daripada kapal perang Portugis. Catatan China pula menyatakan jong-jong Melayu tidak dibenarkan berlabuh di perlabuhan China kerana terlalu besar dan akan menggangu laluan kapal lain. Jong terbesar Melayu mampu membawa 500 tan muatan dan hampir 1000 orang penumpang dan panjangnya hampir 100 meter! Ibnu Batutta menyatakan kapal China terbesar dipanggil Chuan, dan beliau berkata jong Melayu lebih besar berbanding Chuan!

Al Fonso De Albuquerque sendiri sewaktu melihat jong-jong Melayu yang besar itu menggelarnya sebagai "Penggoncang Dunia"! Dan anak anak kapal Portugis akan berteriak memanggil "Espanto del Mundo" terror dunia apabila berselisih dengan Geliung kepunyaan Sultan Iskandar Muda Acheh Anda boleh bayangkan betapa hebat mega structure Melayu lama!

Orang orang Cina mengelarkan Djong besar melayu yang mempunyai 7 layar sebagai "Kun Lun Po (Bo) kun lun ertinya "kepulauan di bawah angin" atau "negara selatan" dan tercatat pernah belayar sehingga ke Syria.(Kang Tai,260M dan Wan Cheng,300 M)
Manakala orang orang Greek dalam buku "Geographia" menggelarkan Djong besar melayu sebagai "Kolandiaponta" (Plotemy,100 M)

Tapi logic thinking mana pergi semua binaan hebat ni? Mana ilmunya? Menurut Prof Maguin, menjelang akhir abad ke 16 dan 17 teknologi pembuatan jong Melayu makin hilang dan akhirnya pupus. Kenapa? Kita salahkan penjajah! First of all semua manuskrip kita samada dibakar atau dicuri. Yes kesemuanya, hal yang sama terjadi pada tamadun hebat lain, apabila dijajah, ilmu mereka sekali dicuri. Apabila Melayu dijajah, mereka tiada waktu yang aman lagi untuk membina jong-jong besar. Nak bina kapal sebesar Titanic tu pun makan bertahun. Inikan jong-jong gergasi Melayu yang memerlukan sumber; tenaga dan harta yang banyak.

Melaka semestinya bukan permulaan kehebatan tamadun Melayu tapi kejatuhan Melaka sememangnya menjadi titik noktah keagungan bangsa Melayu. Jatuhnya Melaka, maka Melayu semuanya dijinakkan dan dihinjak sehingga kini.
Satu lagi jangan ingat perkataan Jong itu dari China. Jong ialah bahasa Melayu asli merujuk kepada kapal besar Melayu. Lalu diambil oleh barat menjadi Junk. Ya Melayu tak bina bangunan besar-besar but we live with the sea, our hearts are with the oceans. Junks are our mega structures!


Sumber-
The Patriots,
Sulalatus Salatin,
Hikayat Hang Tuah.
Prof Tatiana Denisova
Zaharah Sulaiman
kredit dari Daeng Iskander

PROMOSI BUKU

Gambar Buku

Kitab Tamadun Yahudi

Orang Yahudi hari ini adalah antara bangsa yang menguasai dunia. Tetapi sudah tentu, apa yang dicapai oleh bangsa Yahudi ini merupakan hasil perjalanan lebih 5,000 tahun tamadun mereka. Buku ini meneroka sejarah, kebudayaan, malahan agama Yahudi itu sendiri daripada menjadi bangsa pilihan TUHAN untuk diturunkan kepada para nabi, kepada bangsa yang sering ditohmah pada zaman moden dengan 1001 kisah konspirasinya. KITAB TAMADUN YAHUDI merangkumi sejarah bangsa Yahudi membina peradaban mereka di dunia. la ditulis merangkumi sejarah peperangan, agama, kebudayaan, malahan pencapaian-pencapaian mereka.

INFO LANJUT KLIK DI SINI


KONGSIKAN:



SHOPEE MALAYSIA
Cadar Kalis Air (Waterproof) untuk Masalah Anak Kencing Malam
Bedsheet Waterproof Tilam Kalis Air Kencing Malam Cadar Single/QUEEN Mattress Protector Cover
RM17.30
BELI SEKARANG

Ads Bottom