Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Variasi Tanpa Limitasi

Masukkan carian anda di sini !

"..Kalaulah saya tahu, saya takkan tukar warganegara.."


27 Januari 2026


Seorang bekas rakyat Malaysia yang kini menjadi warganegara Singapura meluahkan rasa kesal terhadap keputusannya, selepas berasakan terpaksa bekerja sepanjang hayat akibat tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat di republik itu, lapor The Independent Singapore.

Memetik laporan itu, lelaki berkenaan yang kini bekerja sebagai pemandu kenderaan sewa persendirian (PHV) berkongsi luahan tersebut secara terbuka ketika berbual dengan seorang penumpang, yang kemudiannya menceritakan pengalaman itu di platform media sosial.

Perkongsian berkenaan walaupun telah dipadam, terus mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial.

Menurut pemandu itu, kos harian yang tinggi serta tempoh kerja yang panjang menyebabkan masa depan kewangannya terasa semakin sempit, walaupun telah memiliki taraf kewarganegaraan Singapura.

Katanya, persaraan kini kelihatan sukar dicapai dan beliau telah menerima hakikat bahawa perlu bekerja selagi hayat dikandung badan.

Bagaimanapun, isterinya masih mengekalkan kewarganegaraan Malaysia, yang dianggap sebagai satu-satunya pilihan untuk kembali menetap di tanah air suatu hari nanti.

Namun, dua anak mereka yang lahir di Singapura merupakan warganegara republik itu, sekali gus terikat dengan kewajipan Perkhidmatan Negara yang turut menambah tekanan dalam hidupnya.

Sehingga kini, lebih 97,000 rakyat Malaysia dilaporkan telah menukar kewarganegaraan kepada Singapura sejak 2015, termasuk lebih 6,000 orang setakat 2025.

Walaupun langkah tersebut sering dikaitkan dengan peluang ekonomi yang lebih baik, kisah ini menyingkap sisi lain realiti selepas keputusan besar dibuat.

Pemerhati menyifatkan kisah berkenaan sebagai peringatan bahawa kewarganegaraan tidak menjamin kesejahteraan hidup, sebaliknya, setiap pilihan membawa tanggungjawab dan kesan jangka panjang bukan sahaja kepada individu, malah kepada generasi seterusnya. – Agensi

PROMOSI BUKU

Gambar Buku

Kitab Tamadun Yahudi

Orang Yahudi hari ini adalah antara bangsa yang menguasai dunia. Tetapi sudah tentu, apa yang dicapai oleh bangsa Yahudi ini merupakan hasil perjalanan lebih 5,000 tahun tamadun mereka. Buku ini meneroka sejarah, kebudayaan, malahan agama Yahudi itu sendiri daripada menjadi bangsa pilihan TUHAN untuk diturunkan kepada para nabi, kepada bangsa yang sering ditohmah pada zaman moden dengan 1001 kisah konspirasinya. KITAB TAMADUN YAHUDI merangkumi sejarah bangsa Yahudi membina peradaban mereka di dunia. la ditulis merangkumi sejarah peperangan, agama, kebudayaan, malahan pencapaian-pencapaian mereka.

INFO LANJUT KLIK DI SINI


KONGSIKAN:



SHOPEE MALAYSIA
Cadar Kalis Air (Waterproof) untuk Masalah Anak Kencing Malam
Bedsheet Waterproof Tilam Kalis Air Kencing Malam Cadar Single/QUEEN Mattress Protector Cover
RM17.30
BELI SEKARANG

Ads Bottom