Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

16-Disember

Masukkan carian anda di sini !

Tiada tajuk


"Serban Di Kremlin: Bila 'Kubur Empayar' Menjadi Tuan."

Tuan-tuan, dunia hari ini sedang menyaksikan satu kejadian paling pelik, paling ironi dan paling gila dalam sejarah moden.

Ceritanya macam ni.

Tahun 1979 dulu, Rusia (zaman Soviet) hantar kereta kebal meredah sungai Amu Darya. Niat mereka satu je,nak jajah Kabul. Masa tu, orang Afghan ni dianggap macam "tikus gunung" je oleh Komunis.

Tapi hari ini, Januari 2026, pintu emas istana Kremlin dibuka luas-luas. Karpet merah dibentangkan.

Untuk siapa?

Untuk wakil dari bangsa yang sama dorang cuba hapuskan dulu.

Mawlawi Gul Hassan, Duta Besar Afghanistan yang baru, melangkah masuk bukan sebagai peminta sedekah. Dia masuk sebagai pemenang.

Tuan-tuan bayangkan suasananya. Dewan Alexander kat Kremlin tu penuh dengan hiasan emas zaman Tsar, siling tinggi melangit, tempat Putin selalu tunjuk kekuasaan.

Di tengah-tengah kemewahan tu, berdiri seorang lelaki yang cuma pakai serban dan baju tradisi Perahan Tunban.

Tak ada sut Armani. Tak ada tali leher tuxedo. Tak ada gaya diplomat elit yang acah-acah moden.

Ini kalau dalam bahasa branding, kita panggil "Power Move" tahap dewa.

Duta Afghan ni seolah-olah nak bagitahu satu dunia:
"Tengok ni. Baju inilah yang datuk nenek kami pakai masa tembak jatuh helikopter korang dulu. Dan baju ini jugalah yang kami pakai untuk masuk istana korang hari ini."

Mesej dia keras, tuan-tuan.

"Kami tak berubah. Kamu yang berubah."

Putin pula? Terpaksa senyum dan terima watikah tu.

Kenapa Putin sanggup "tebalkan muka" iktiraf kerajaan yang dulu musuh ketat dia? Adakah sebab Putin tiba-tiba jatuh cinta dengan Islam?

Jangan naif. Dalam politik kuasa besar, tak ada istilah cinta. Yang ada cuma survival.

Rusia sekarang tengah "semput" di sebelah Barat sebab perang Ukraine tak habis-habis. Sumber dah banyak kering. Putin tahu, dia tak mampu nak buka satu lagi gelanggang perang di sebelah Selatan.

Kalau Afghanistan huru-hara,  anasir radikal (kononnya lah) dari Asia Tengah akan melimpah masuk ke Rusia. Masa tu, Putin boleh demam panas.

Jadi, Moscow perlukan Kabul.

Mereka perlukan orang Afghan yang garang ni untuk jadi "Pak Guard" percuma bagi menjaga perut lembut Rusia di Asia Tengah.

Sebab tu Rusia sanggup buang ego. Mereka buang senarai hitam lama, mereka iktiraf kerajaan Kabul.
Ini kita panggil diplomasi "Lu tolong gua, gua tolong lu".

Afghanistan pun bukan bodoh. Mereka tahu Barat dah bekukan duit mereka. Mereka tahu PBB banyak sembang je.

Jadi bila Rusia hulur tangan, mereka sambut. Tapi mereka sambut dengan izzah (kemuliaan).

Mereka tak melukut di tepi gantang.

Tengoklah pusingan roda takdir Tuhan. Ini yang orang tua-tua kata, hidup ni macam roda.

Dulu, Amerika dan Rusia berlumba-lumba nak jajah tanah gersang tu. Dua-dua balik dengan hidung berdarah.

Amerika lari lintang-pukang tinggalkan senjata. Rusia pula hari ini datang bawa watikah pengiktirafan.

Siapa sangka? Bangsa yang paling miskin, paling teruk kena bom, paling diejek satu dunia, akhirnya duduk sama rendah dan sama tinggi dengan kuasa nuklear.

Duta Gul Hassan tak perlu berucap panjang-panjang pun depan Putin.

Kehadiran dia dengan pakaian tradisi tu dah cukup memekakkan telinga musuh-musuh Islam. Parut luka perang memang ada pada bangsa mereka.

Tapi parut itulah pingat sebenar yang lagi mahal dari emas di dinding Kremlin tu.

"Pakaian kami adalah kain kafan kami," itu pepatah lama orang Afghan. Dan hari ini, kain kafan itu dihormati di istana musuh.

Pengajarannya besar untuk kita, tuan-tuan.

​Kemajuan dan teknologi itu sangat penting, malah wajib kita kejar. Kita mahu ekonomi yang gah, kita mahu bangunan pencakar langit.

​Tapi jangan sampai dalam mengejar kemajuan, kita buang jati diri kita semata-mata nak nampak "moden" di mata orang luar.

​Kemajuan sebenar adalah bila kita mampu berdiri sama tinggi dengan gergasi dunia, tanpa perlu menukar kulit dan wajah asal kita.

​Tengok Afghanistan. Mereka mungkin belum ada teknologi canggih, tapi mereka ada maruah. Dan bila mereka pegang prinsip tu, musuh yang paling sombong pun akhirnya terpaksa datang mengetuk pintu minta berdamai.

​Kedaulatan negara ni bukan benda yang boleh diminta-minta dengan kertas kerja di PBB.
Kedaulatan tu benda keras. Ia direbut dengan darah, dan dipertahankan dengan maruah.

​Kos untuk bersalaman dengan Duta Afghan jauh lebih murah daripada kos nak hantar tentera berperang dengan mereka. Putin tahu matematik ni.

​Bagi Duta Mawlawi Gul Hassan, saat dia hulur surat tu pada Putin, saya yakin dalam hati dia ada bisikan untuk roh jutaan syuhada yang dah pergi:
​"Tuan Presiden, kami dah sampai."

​Bukan sebagai tawanan. Tapi sebagai Tuan.

​MasyaAllah, sungguh hebat perancangan Allah dalam membolak-balikkan hati manusia dan keadaan dunia.

Apa yang kita sangka mustahil, musuh menjadi sekutu, yang hina menjadi mulia, semuanya mudah bagi-Nya, seolah-olah Dia mahu menampar keangkuhan kuasa-kuasa besar bahawa sehebat mana pun teknologi dan senjata mereka, akhirnya mereka tetap tunduk kepada ketetapan takdir yang telah tertulis di Luh Mahfuz.

___

Kalau kita tidak faham bagaimana kuasa besar mengatur dunia, kita mudah jadi mangsa dalam permainan mereka. Adikuasa tunjuk pola kebangkitan dan kejatuhan empayar, Perang Dingin bongkar perebutan senyap Amerika–Soviet, dan Amerika Penguasa Dunia Baharu dedah wajah sebenar hegemoni moden. Tiga buku ini wajib ada di rak anda:
Adikuasa:
https://s.shopee.com.my/8KdG9yV2jn 
Perang Dingin:
https://s.shopee.com.my/800RXIPFqs 
Amerika:
https://s.shopee.com.my/9ACN9jlzjn



KONGSIKAN:



Ads Bottom