Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

16-Disember

Masukkan carian anda di sini !

Kongsi gelap kepanasan kerana ketegasannya


Datuk Shaharuddin Ibrahim adalah salah seorang  penjawat awam di negara kita yang amanah, jujur, tegas, tak ambil rasuah dan kerana itu beliau dibunuh.

Beliau adalah Timbalan Ketua Pengarah Kastam dan dikenali sebagai Mr. Clean.

Di tahun pembunuhannya pada 2013, beliau sedang ketuai bahagian Cukai Dalaman dan hanya tinggal setahun sahaja lagi sebelum bersara.

Salah satu tugasannya adalah banteras sindiket penyeludupan bernilai berjuta-juta ringgit, terutamanya kereta mewah di Langkawi dan pengedaran dadah di pelabuhan kita.

Ini timbulkan rasa marah kepada kumpulan penyeludup yang terkesan.

Pada pagi satu pagi Jumaat dalam bulan April 2013, ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, Allahyarham ditembak mati oleh dua lelaki bermotosikal di persimpangan Lebuh Wawasan-Lebuh Sentosa, Putrajaya.

Tiga das tembakan dilepaskan dari jarak dekat.

Siasatan awal polis mendapati ia dilakukan oleh Geng 36 yang terkenal dengan sindiket penyeludupan kereta mewah.

Mereka rugi jutaan ringgit akibat penguatkuasaan ketat beliau.

Lebih 40 tangkapan telah dibuat dan siasatan dijalankan bertahun-tahun, namun kes ini masih diklasifikasikan sebagai "Kes Fail Sejuk" (Cold Case).

Kes ini buatkan masyarakat tertanya-tanya hingga sekarang, sejauh manakah sebenarnya pengaruh sindiket ini? 

Sumber asal : Mazlan Mohamad



KONGSIKAN:



Ads Bottom