Tok Wali Hassan ( 1915 - 1985 )
Tok Wali Hassan terkenal sebagai seorang wali Allah yang penuh karomah. Di antara kisah kewaliannya ialah :
1. Beliau pernah ditangkap polis lalu dipenjarakan. Dalam penjara tersebut ada seorang polis telah menampar Pak Chu. Tangan polis itu tiba-tiba bengkak. Selepas sedar akan silapnya, polis itu bertemu Pak Chu dan mohon maaf barulah bengkaknya surut.
2. Pemandu-pemandu teksi amat suka membawa Pak Chu kemana mana. Ini kerana lepas sahaja Pak Chu naik teksi mereka, rezeki mereka datang melimpah ruah tanpa putus-putus.
3. Sebuah keretapi dalam perjalanan ke Rantau Panjang tidak dapat teruskan perjalanannya oleh kerana di waktu itu Pak Chu sedang solat. Selesai solat, Pak Chu menaiki keretapi tersebut barulah ia boleh bergerak.
4. Seorang peninju Muay Thai bernama Hadi Tomoi yang terkenal kerana tidak pernah kalah terserempak dengan Pak Chu di dalam bas. Dia mohon restu Pak Chu supaya mendoakan dia menang pertarungan. Pak Chu jawab "Ohh! Awe nok gi buat kebun atas muko..." . Ekoran ucapan tersebut, Hadi Tomoi telah kalah dalam pertarungan dan mengalami bengkak-bengkak muka.
5. Suatu hari, ada budak-budak kampung duduk bersembang di bawah pokok sambil makan. Budak-budak ini makan sambil meninggalkan sisa-sisa makanan. Datang Pak Chu mengambil sisa makanan tersebut lalu memakannya. Budak tadi tengok dan mengejeknya. Tiba-tiba semua budak-budak tersebut sakit perut dan terberak di situ juga tanpa sempat masuk bilik air.
6. Peristiwa di Kampung Golok, penduduk kampung melihatnya berjalan kaki di dalam hujan tanpa payung tetapi tidak basah. Katanya "Semuanya berlaku atas kemahuan Allah. Aku lalu di celah-celah air hujan".
7. Sebuah motosikal yang ditumpanginya kehabisan minyak lalu Pak Chu menuangkan air ke dalam tangki dan membaca Bismillah. Dengan izin Allah motor tadi boleh bergerak.
8. Seorang lelaki menziarahi Pak Chu dan berkata ingin melihat buaya. Lalu Pak Chu menggunakan jala dan menebarkan ia di hadapan rumahnya. Takdir Allah dapat menangkap seekor buaya.
Sumber : Jejak Ulama Nusantara, Tengku Yusoff
KONGSIKAN: