Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Variasi Tanpa Limitasi

Masukkan carian anda di sini !

Kalau nak saya ke penjara pun tak apa




Berita Harian 20 April 2026

KUALA LUMPUR: "Saya hanya tunggu surat amaran. Kalau hendak penjarakan saya pun tidak mengapa. Kalau boleh saya mahu minta ambulans untuk datang ambil dan hantar pulang."

Demikian kata pelakon dan pengarah M Jamil (gambar), mengulas kegagalannya untuk hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi sebutan kedua tuntutan cerai isterinya, Shahrila Markom pada 14 April lalu.

M Jamil atau nama sebenarnya, Mohamad Jamil Zulkifli, 62, yang mengalami strok sejak lapan tahun lalu berkata, dia berdepan sakit kaki selain tidak mempunyai sesiapa untuk membawanya ke mahkamah.

"Memang itu masalah saya. Jadi pihak sana kata hendak beri saya surat amaran. Jadi saya tunggulah surat amaran dan tindakan-tindakan lain. Keadaan saya sudah begini, bukan"

"Hakim pun macam tidak faham. Saya strok. Dia kata awak tidak boleh datang ke? Saya hendak turun bawah naik Grab pun tidak boleh. Orang tidak ada di rumah. Datanglah rumah tengok keadaan saya bagaimana. Dia suruh juga datang. Kalau tidak pun tangkap sajalah kalau boleh tangkap saya," katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, sekiranya mampu dia akan pergi ke mahkamah untuk mendengar dan menyelesaikan urusan dengan isterinya. Namun, dengan keadaan fizikal yang terbatas, dia hanya mampu pasrah dengan sebarang tindakan mahkamah"Isteri pun sudah tidak ada berhubung dengan saya langsung," katanya lagi.

Terdahulu M Jamil mengahwini Shahrila pada 24 Mei 2014 selepas kematian isteri ketiganya, Allahyarham Siti Rohani Wahid pada 2010. Perkahwinan mereka dikurniakan dua anak iaitu Sarimah Salma, 11, dan Laila Jamila, 9.

Shahrila bagaimanapun bertindak meninggalkan rumah bersama dua anaknya pada pertengahan Disember lalu. Pada 24 Disember, M Jamil menerima surat permohonan cerai daripada isterinya.

Anak kepada seniwati Datuk Sarimah Ahmad ini mempunyai 11 anak menerusi empat perkahwinan. Dia kini tinggal bersama dua anaknya hasil perkahwinan dengan Allahyarham Siti Rohani Wahid, manakala dua lagi anaknya kini menetap di luar negara bekerja sebagai doktor dan pensyarah.




KONGSIKAN:



Ads Bottom