Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

16-Disember

Masukkan carian anda di sini !

Kempen kebersihan seluruh negara dilancarkan



2 Oktober 1983

Pada hari ini dalam tahun 1983, Perdana Menteri, YAB Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad (Tun) melancarkan Kempen Kebersihan Seluruh Negara. Majlis pelancaran telah diadakan di Padang Letak Kereta Benteng Selera, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur. Kempen kebersihan dilancarkan bertujuan mengajak rakyat menjaga kebersihan sepanjang masa supaya alam sekitar selalu bersih dan nyaman. 

Perdana Menteri dalam ucapannya berkata, orang ramai mestilah lebih berdisiplin dan rela hati untuk menjaga tempat-tempat awam dan kawasan sekelilingnya supaya sentiasa sedap mata memandang.

Di samping itu, beliau menambah jika kita sedar akan tanggungjawab menjaga kebersihan, masalah untuk membersihkan kawasan tidak timbul dan sesuatu yang baik itu hendaklah diamalkan tanpa paksaan. 

Kempen kebersihan ini telah dilancarkan dengan jayanya dengan harapan agar kebersihan akan menjadi salah satu indentiti rakyat dan negara ini seterusnya memastikan supaya satu persekitaran yang bersih dapat diwujudkan.



KONGSIKAN:



Ads Bottom