Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Variasi Tanpa Limitasi

Masukkan carian anda di sini !

Tempat paling jauh, paling terpisah dan paling sunyi di dunia



Tempat paling jauh, paling terpisah dan paling sunyi di dunia ialah Titik Nemo (point Nemo). Ia terletak di Selatan Lautan Pasifik.

Kalau kita berlayar dan tenggelam di titik Nemo, kita kena berenang sejauh hampir 2,700 km untuk jumpa daratan. Titik Nemo merupakan kedudukan di laut paling jauh dengan mana-mana daratan.

Tiada kapal terbang dan kapal laut yang melintasi kawasan titik Nemo, menjadikannya tempat yang tak disinggahi manusia.

Objek yang paling dekat dengan titik Nemo ialah Stesyen Angkasa Antarabangsa (ISS) iaitu sejauh 400 km dari permukaan laut titik Nemo. Setiap kali ISS mengorbit Bumi, ia akan melintasi titik Nemo. Ini menjadikan cuma angkasawan di ISS sahaja yang kerap singgah titik Nemo.

Menariknya, hampir tiada hidupan laut di kawasan titik Nemo. Berlayar ke sini memang tak jumpa ikan, sotong dan sebagainya. Ini disebabkan kawasan titik Nemo ialah kawasan yang sangat kurang nutrien.

Laut dapat nutrien daripada hakisan daratan. Disebabkan titik Nemo jauh dari daratan, kadar nutriennya sangat nadir. Tambah lagi, arus laut di titik Nemo juga sangat perlahan, menjadikan nutrien susah sampai ke titik Nemo.

Hal ini menjadikan hidupan laut susah untuk hidup dan berkembang biak.

Oleh demikian, dengan sebab faktor-faktor ini, titik Nemo dijadikan kubur kapal-kapal angkasa. Bagi yang tak tahu, Bumi ada hampir 10,000 satelit yang sedang beroperasi.

Satelit-satelit ini semua tidak akan kekal mengorbit. Apabila suatu satelit telah tamat beroperasi, titik Nemo sering dijadikan sasaran untuk damparkan satelit yang dah mati. 

Sejak tahun 1972, sekitar 260 satelit dah didamparkan di titik Nemo. Stesyen angkasa Mir pun didamparkan di sini.

ISS pun akan tamat beroperasi pada tahun 2031 dan akan disasarkan untuk terdampar di titik Nemo juga.




KONGSIKAN:



Ads Bottom