Apa yang dilihat ini sebenarnya jalan yang dibuat oleh orang Rom 2000 tahun yang lalu dijumpai secara tidak sengaja semasa pembinaan sebuah restoran McDonald's di Itali.
Disebabkan penemuan bersejarah ini, McDonald's disitu telah membina satu laluan untuk orang datang dan melihat kawasan tersebut dan menyumbang wang untuk proses penggalian.
Semasa proses penggalian, pihak McDonald's secara tidak sengaja menemui tiga rangka manusia. Namun, rangka-rangka tersebut dialihkan dan digantikan acuan plaster dan dikekalkan pada kedudukan asal.
Pihak McDonald's telah membina laluan yang mempunyai kaca di mana pelanggan boleh datang dantengok sendiri jalan lama tersebut, kiranya datang makan sambil melihat bahan sejarah!
KONGSIKAN:





