Foto ini memaparkan Tengku Halima Raja Muhammad Yusuf al-Mahdi atau lebih di kenali sebagai Tengku Bilik dari Kesultanan Riau Lingga.
Beliau merupakan salah seorang puteri kepada Paduka Yang dipertuan muda ke10 Raja Muhammad Yusuf al-Mahdi Raja ‘Ali ‘Ala ud-din Ri’ayat Shah dengan bondanya Tengku Embong Fatima Sultan Mahmud Muzaffar Shah marhum 8 Jul 1864 kampong Merchong Nenasi Pekan Pahang. Tengku Bilik merupakan saudara kandung dan adinda kepada Paduka Sri Nasr ul-Zaman al-Sultan ‘Abdu’l-Rahman Mu’azzam Shah dan Yang di-Pertuan Besar Lingga yang terakhir (1883-1911). Saudara kandung Tengku Bilik ini terdiri dari 3 orang putera dan 4 orang puteri.
Susur-galur Tengku Bilik dari sebelah bondanya, Tengku Ampuan - Tengku Embong Fatima merupakan puteri kepada Sultan Mahmud Muzaffar Shah ataupun lebih di kenali sebagai Sultan Mahmud Lingga yang amat sinonim dengan kisah pengeboman Kuala Trengganu oleh Inggeris pada tahun 1863. .
Baginda telah dilucutkan kekuasaan oleh Belanda sebagai Sultan Riau Lingga pada tahun 1857. Sultan Mahmud Lingga ini merupakan putera kepada Paduka Sri Sultan Muhammad II Mu’azzam Shah Sultan ‘Abdu’l-Rahman Mu’azzam Shah dengan bondanya, Tengku Besar Perempuan- Tengku Kulsum Puteh Sultan Ahmad Shah I Teranggnu yang merupakan saudara kandung kepada Baginda Omar.
Manakala salasilah dari sebelah ayahanda Tengku Bilik, Raja Muhammad Yusuf al-Mahdi putera kepada Raja ‘Ali ‘Ala ud-din Ri’ayat Shah, Yang di-Pertuan Muda Riau.
Kredit : Faizal Athla
KLIK > DAPATKAN PELBAGAI BUKU PADA HARGA DISKAUN [KEMASKINI]
KONGSIKAN: