Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Sejarah jatuh bangun Secret Recipe


Secret Recipe

Secret Recipe telah ditubuhkan pada tahun 1997 oleh Datuk Steven Sim yang merupakan seorang anak jati kelahiran Kota Bharu, Kelantan.

Outlet pertama Secret Recipe ni terletak di SS2, Petaling Jaya. Datuk Steven Sim telah memulakan perniagaan ini bersama dengan tiga orang anak saudaranya yang mempunyai kemahiran terlatih dalam bidang ini.

Hanya dengan bermodalkan RM150 ribu, dia sangat yakin bahawa konsep perniagaannya ini mempunyai keistimewaan yang sendiri dan lain daripada yang lain sehingga dia terus bersemangat meneruskan hasratnya walaupun pada ketika itu sedang berlaku krisis ekonomi yang teruk dekat negara kita

Semasa di awal pembukaan, Secret Recipe kurang mendapat sambutan. Oleh sebab tu, Datuk Steven Sim telah mengambil inisiatif dengan mengedarkan flyers yang tertera “free coffee” kepada masyarakat Malaysia hanya dengan berjalan kaki. 

Datuk Steven Sim mendapat inisiatif tersebut kerana dia sudah sedia maklum bahawa mana-mana masyarakat sekalipun pasti sangat suka akan benda yang percuma termasuklah masyarakat di negara kita Malaysia.

Hasil daripada inisiatif tersebut, ramai pelanggan yang telah datang berkunjung ke Secret Recipe untuk mencuba pelbagai jenis kek yang ada. Datuk Steven Sim telah mengambil peluang tu untuk dapatkan maklum balas kepuasan pelanggan dan daripada komen-komen yang diberi untuk dia ubah kek-kek tersebut mengikut selera dan citarasa masyarakat Malaysia.

Setelah lebih 20 tahun beroperasi, Secret Recipe kini telah mempunyai lebih 440 buah kafe di beberapa buah negara termasuklah negara Thailand, Singapura, Indonesia dan banyak lagi.


Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom