Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !


Karamah Syeikh Abdullah Fahim ( 1869 - 1961 )


Kisah Para Wali

Syeikh Abdullah Fahim ( 1869 - 1961 )


Kata Tuan Guru Haji Abdul Aziz Paya Keladi  di antara kelebihan Syeikh Abdullah Fahim ini ialah beliau dapat mengetahui pelajar-pelajar yang beliau jumpa berguru dengan siapa.

Suatu hari Tuan Guru Haji Aziz dan sahabatnya berjalan di pasar pagi lalu bertemu dengan Syeikh Abdullah Fahim. Sahabatnya itu adalah pelajar Tuan Guru Haji Ahmad di Pondok Pokok Sena manakala beliau pula pelajar di Pondok Paya Keladi, murid Tuan Guru Haji Ibrahim.

Apabila bertemu, Syeikh Abdullah Fahim terus berkata dengan mereka berdua, kamu kirim salam pada Tok Guru Haji Ibrahim dan kamu kirim salam pada Tok Guru Haji Ahmad. Sedangkan sebelum ini mereka berdua belum pernah berjumpa Syeikh Abdullah Fahim secara bersemuka.

Kata Tuan Guru Haji Abdul Aziz lagi, Syeikh Abdullah Fahim ini lihat muka sahaja boleh kenal siapa kita.

Sebuah kisah lagi, orang-orang Cina di Pekan Kepala Batas juga mempercayai kekeramatan yang ada pada Syeikh Abdullah Fahim. Ini kerana selepas Syeikh masuk ke satu-satu kedai, rezeki mereka bertambah. Oleh sebab itu, apabila mereka nampak Syeikh lalu di pekan, mereka akan panggil beliau masuk ke kedai.



KONGSIKAN:




Ads Bottom