Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Variasi Tanpa Limitasi

Masukkan carian anda di sini !

Kes Alexandra dedah kelemahan pihak polis



Masih ingat kes Alexandra yang pernah panas pada tahun 2019? Kalau tidak pernah, kalian harus tahu sebab kes ini mendedahkan betapa tidak cekapnya pihak polis selesaikan kes penculikan.

Pada bulan Julai 2019, Alexandra Macesanu yang berusia 15 tahun didapati hilang dalam kota Bucharest setelah melakukan ‘hitchhiking’, iaitu menumpang kereta orang untuk pergi ke destinasi. 

Pada malam 25 Julai, Alexandra memberitahu kepada pihak polis melalui talian kecemasan, di mana dia diculik dan dihantar ke rumah penculik di Caracal.
Alexandra memanggil lagi kali ketiga dan meminta pihak polis segera datang. Tapi, pegawai polis yang sambut panggilan begitu berang dan menengking Alexandra, kemudian suruh dia menunggu lama sikit sebab pihak polis akan sampai beberapa minit lagi. 

Semasa pencarian, pihak polis telah menemui rumah suspek tersebut pada 26 Julai. Tapi, yang bikin pihak polis ni tidak serbu terus ialah mereka kena dapatkan waran geledah rumah dulu, padahal kalau kes kecemasan sebegini, waran geledah tidak diperlukan mengikut undang-undang. Apa gila mau dapatkan waran dulu kalau dah tau mangsa kena culik terang-terang!?

Selama 19 jam pencarian inilah, Alexandra didapati mati dibunuh oleh si penculik. Penculik yang bernama Gheorghe Dinca yang berusia 65 tahun menyerahkan dirinya kepada pihak polis.

Operasi pihak polis Romania yang cuai inilah menyebabkan ramai rakyat mengadakan protes besar-besaran membela Alexandra di jalan-jalan Bucharest. Protes ini memaksa kerajaan memecat ketua polis negara bernama Ioan Buda dan pegawai lain yang terlibat dalam kes Alexandra. 

Kes ini semakin panas lagi dengan kenyataan seorang menteri pendidikan bernama Ecaterina Andronescu yang menuduh Alexandra yang tidak berhati-hati apabila ‘hitchhiking’, Padahal Romania telah sedia maklum mempunyai masalah memiliki pengangkutan awam sehingga ‘hitchhiking’ saja jalannya.

Inilah satu-satunya kes yang membuka ketidakcekapan pihak polis di Eropah Timur dalam usaha menyelesaikannya. Harap pihak polis negara lain tidak mengikuti jejak Romania ini.

Oleh: Dans CKay’s

--ThePatriot--

IKLAN


Logo LHDN Malaysia

Ejen Perkhidmatan Stamping

Urusan setem hasil Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) kini secara atas talian. Saya Encik Hadi merupakan ejen ESTAMPS berdaftar LHDNM (No. Ejen : 620020) di bawah syarikat AL-IDARAH GLOBAL RESOURCES (NS0310938-M) menawarkan perkhidmatan mati setem (stamping) dokumen seperti Perjanjian Jual Beli, Perjanjian Sewa, Surat Akuan, Borang 14A, Perjanjian Perkongsian Perniagaan dan lain-lain dokumen.

✔️ Perkhidmatan profesional
✔️ Proses cepat dan dipercayai
✔️ Bantuan dokumen stamping
✔️ Respon pantas melalui WhatsApp
✔️ Caj perkhidmatan serendah RM30.00

Hubungi saya sekarang di talian 011-12663461 ATAU klik whatsapp di bawah :


WhatsApp WhatsApp Sekarang

SAYA MEMUDAHKAN URUSAN ANDA




KONGSIKAN:



SHOPEE MALAYSIA
Cadar Kalis Air (Waterproof) untuk Masalah Anak Kencing Malam
Bedsheet Waterproof Tilam Kalis Air Kencing Malam Cadar Single/QUEEN Mattress Protector Cover
RM32.20
BELI SEKARANG

Ads Bottom