Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Perkampungan Yahudi di Tanah Melayu


Dapatkan info terkini perjuangan rakyat Palestin klik t.me/SERUANALQUDS



Ramai tak tahu sebenarnya kampung Yahudi pernah wujud dekat Malaysia. Buktinya adalah dengan kewujudan Jalan Yahudi. Orang Pulau Pinang mesti kenal dengan jalan ni.

Persoalannya macam mana Yahudi boleh wujud dekat Malaysia?

Orang Yahudi dikatakan datang ke Pulau Pinang bermula dari penghujung abad ke-18. Katanya mereka semua datang ke sini sebab kononnya nak lari daripada kekejaman gabenor Uthmaniyyah di Baghdad. 

Tak lama selepas itu, populasi Yahudi di Pulau Pinang mula meningkat kepada 177 orang. Ditambah lagi dengan kehadiran Yahudi Armenia, mereka mula membentuk komuniti yang besar.

Ajaibnya ketika itu, kanak-kanak Yahudi rilek je main baling selipar dengan kanak-kanak dari bangsa Melayu, Cina dan India. Tak ada pun kanak-kanak Yahudi ni kena ejek ataupun palau. Ye lah, orang Yahudi ni siap boleh speaking utara lagi dengan orang Penang. 


Menjelang Perang Dunia Kedua, ramai orang Yahudi telah berpindah ke Singapura hingga menyebabkan populasi mereka berkurangan di Pulau Pinang.

Selepas merdeka, ramai orang Yahudi Pulau Pinang mengambil keputusan untuk berhijrah. Mungkin bimbang dengan sentimen di masa hadapan.

Akhirnya Yahudi pupus di Malaysia setelah orang Yahudi terakhir iaitu Modi Mordecai meninggal dunia pada 2011. 

Oleh Azmil Azali
The Patriots

Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom