Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Variasi Tanpa Limitasi

Masukkan carian anda di sini !

Sejarah penanaman kelapa secara komersial di Sabak Bernam tahun 1924



Kelapa adalah tanaman yang memerlukan jumlah keluasan tanah yang besar dan berdekatan dengan sumber air. Oleh yang demikian, kawasan yang sesuai untuk tanaman kelapa adalah kawasan yang berdekatan dengan sungai. Di kawasan Sabak Bernam, terdapat sungai yang 
dinamakan Sungai Bernam dimana sungai ini memisahkan antara negeri Selangor dan Perak. 

Kawasan yang berdekatan dengan sungai ini mempunyai tanah yang subur dan sesuai untuk beberapa jenis tanaman seperti padi, kelapa sawit dan kelapa. Awal tahun 1920-an, terdapat banyak syarikat milik British yang muncul untuk membuka ladang dan estet di kawasan yang berpotensi besar untuk dimajukan sebagai kawasan tanaman seperti di kawasan Selangor. 

Malah bentuk muka bumi yang rata di kawasan tersebut telah menyebabkan ia sesuai untuk tanaman seperti kelapa. Tanaman kelapa menjadi keutamaan kerana mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran seperti kelapa kering, todi, sabut kelapa dan juga arang. Oleh yang demikian, kelapa memberikan pulangan yang amat lumayan kerana terdapat banyak hasil sampingan yang boleh 
dijual melalui hasil daripada kelapa itu sendiri. 

Pasaran tempatan pula lebih memerlukan kelapa kering untuk diproses menjadi minyak. Hal ini demikian kerana masyarakat tempatan kebanyakannya menggunakan minyak kelapa sebagai bahan dalam masakan mereka. 
Oleh itu, sememangnya kelapa kering mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran tempatan. 

Oleh hal yang demikian, terdapat surat permohonan daripada syarikat United Plantations Ltd untuk membuka tanah seluas 20 ekar di mukim Sabak untuk tujuan tanaman kelapa.

Di dalam surat permohonan tersebut, syarikat memohon untuk membuka tanah seluas 20 ekar di kawasan Sabak bagi tujuan pertanian kelapa sahaja. 

Tiada tanaman lain akan ditanam 
di kawasan tersebut kerana ia dilihat amat sesuai untuk tanaman kelapa kerana bentuk muka buminya yang rata dan berhampiran dengan sumber air. Kawasan yang dipohon itu turut mengenai sedikit kawasan hutan sekunder iaitu sebanyak 2 ekar manakala bakinya adalah 
hutan utama. 

Dalam permohonan tersebut juga terdapat beberapa syarat yang diletakkan oleh 
pihak syarikat terhadap pihak kerajaan negeri Selangor. Antara syarat yang diletakkan adalah harga premium sebanyak $5 seekar, kaedah penanaman adalah di bawah kuasa kerajaan yang 
mengikut enakmen tanah 1914, kadar sewaan yang mengikut syarat Undang-Undang Tanah 13-B-(iii)(a), klausa saliran dan syarat terakhir yang diletak adalah tiada sebarang tanaman getah akan di tanam di kawasan tersebut. 

Oleh hal yang demikian, jelas bahawa hanya tanaman kelapa sahaja yang akan di tanam di kawasan tersebut dan menyebabkan mukim Sabak Bernam
mempunyai jumlah tanaman kelapa yang besar. Kesannya menyebabkan ramai petani tempatan turut menanam kelapa selain daripada syarikat-syarikat milik British.
 
Surat permohonan yang bertarikh 2 Oktober 1924 dihantar oleh syarikat United Plantation Limited kepada Pegawai Daerah Kuala Selangor di Pejabat Tanah dan disertakan dengan pelan tanah di kawasan yang ingin dibuka. 

Ia menunjukkan syarikat ini telah 
mempunyai perancangan untuk membuka satu lagi tanah pertanian di dalam negeri Selangor.

Sumber : Sejarah Penanaman Kelapa di Selangor (UPSI)

PROMOSI BUKU

Gambar Buku

Kitab Tamadun Yahudi

Orang Yahudi hari ini adalah antara bangsa yang menguasai dunia. Tetapi sudah tentu, apa yang dicapai oleh bangsa Yahudi ini merupakan hasil perjalanan lebih 5,000 tahun tamadun mereka. Buku ini meneroka sejarah, kebudayaan, malahan agama Yahudi itu sendiri daripada menjadi bangsa pilihan TUHAN untuk diturunkan kepada para nabi, kepada bangsa yang sering ditohmah pada zaman moden dengan 1001 kisah konspirasinya. KITAB TAMADUN YAHUDI merangkumi sejarah bangsa Yahudi membina peradaban mereka di dunia. la ditulis merangkumi sejarah peperangan, agama, kebudayaan, malahan pencapaian-pencapaian mereka.

INFO LANJUT KLIK DI SINI


KONGSIKAN:



SHOPEE MALAYSIA
Cadar Kalis Air (Waterproof) untuk Masalah Anak Kencing Malam
Bedsheet Waterproof Tilam Kalis Air Kencing Malam Cadar Single/QUEEN Mattress Protector Cover
RM17.30
BELI SEKARANG

Ads Bottom