Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Leopold II : Raja Eropah penyembelih bangsa Afrika di Congo



Leopold II (9 April 1835-17 Disember 1909) merupakan Raja Belgium yang secara umumnya diingati sebagai pengasas dan pemeras Negara Bebas Congo (Congo Free State) yang kejam.

Pada 1885, Leopold II telah menubuhkan Negara Bebas Congo sebagai tanah persendirian khusus kepada baginda tan pa sebarang kaitan dengan kerajaan Belgium.

Baginda pada awalnya menggalakkan pembangunan dengan membina pelbagai prasarana seperti sebuah laluan kereta api dari pesisir Congo ke Leopoldville (kini Kinshasa) dengan matlamat utamanya ialah memudahkan eksploitasi aset tanah jajahan kepada pihak Leopold.

Leopold II

Namun begitu, kerajaan Leopold II mula bertukar menjadi sebuah rejim penindasan apabila penduduk peribumi di paksa untuk mengutip getah dan sekiranya tidak mencapai kuota, anggota lengan atau kaki akan dipotong sebagai hukuman yang dijalankan oleh tentera Force Publique.

Akibatnya, lebih 10 juta penduduk maut akibat penindasan serta masalah penyakit dengan anggaran bahawa kira-kira separuh jumlah penduduk Negara Bebas Congo terkorban di bawah rejim pemerintahannya yang kejam.

Kisah awal Leopold II menguasai Congo berasal daripada keinginannya untuk memiliki koloni.


Berdasarkan sumber History Yesterday, Raja Belgium itu pada awalnya cuba mendapatkan Filipina dari pemerintah Sepanyol tetapi usaha tersebut gagal.

Pada 1876, baginda menubuhkan Persatuan Antarabangsa Afrika sebagai  organisasi kemanusiaan dan menghantar penjelajah, Henry Morton Stanley untuk merampas Congo.

Semasa Persidangan Berlin 1884-1885 (perdagangan hamba dibenarkan, kebanyakan tasik dan laluan air dianggap neutral serta Afrika akan dibahagikan antara negara Eropah dan Amerika), Leopold Il mengaku Congo sebagai miliknya.

Pada persidangan yang mengumpulkan negara-negara Eropah tersebut, baginda bangkit dengan cadangan yang menampakkan dirinya sebagai raja berwibawa.

Baginda memberitahu ingin mengambil negara Congo untuk tujuan kemanusiaan dan membangunkan peradaban.

Hasrat II untuk menjadikan Congo milik tunggal baginda tanpa sebarang hitam putih melainkan persetujuan Eropah terlaksana kerana ketika itu tiada pihak berminat mahu menjadikan wilayah tersebut sebagai tanah jajahan.

Janji Leopold II untuk membangun peradaban dalam misi filantropi di Congo berakhir dengan malapetaka.

Leopold II kemudian mengumpulkan kekayaan peribadi yang besar dengan mengeksploitasi Congo.

Fokus pertama ekonomi tanah jajahan tersebut adalah gading tetapi ia tidak menghasilkan tahap pendapatan lumayan.

Apabila permintaan global bagi getah memuncak, perhatian beralih kepada pengumpulan getah daripada pokok getah yang menggunakan tenaga buruh secara intensif. Mengabaikan janji semasa Persidangan Berlin, kerajaan Negeri Bebas Congo menghadkan kemasukan dari luar dan memeras penduduk peribumi sebagai buruh paksa.

Penindasan terutamanya industri getah termasuk lah perhambaan penduduk asli, penderaan dan pembunuhan berleluasa apabila kuota pengeluaran tidak dipenuhi.

Seorang mubaligh bernama John Harris misalnya begitu terkejut dengan apa yang telah disaksikannya di Baringa sehingga dia menulis kepada ejen ketua Leopold di Congo berkata: "Saya baru kembali dari perjalanan di kawasan pedalaman untuk ke kampung Insongo Mboyo.

Kekejaman rejim Leopold II, kaum pribumi dipotong tangannya bila pengekuaran getah tidak mencukupi

"Kesengsaraan yang menyedihkan dan pengabaian sepenuhnya yang tidak mampu diceritakan."

Kesedaran dunia mengenai kekejaman pemerintahan Leopold II di Congo mula tercetus setelah penerbitan Heart of Darkness (1902) karya Joseph Conrad berdasarkan pengalaman beliau sebagai seorang kapten kapal wap di kawasan itu selama 12 tahun.

Arthur Conan Doyle dalam penulisannya bertajuk The Crime of the Congo (1908) mengkritik dan berhujah bahawa pemerintahan ke atas "orang-orang primitif" perlu berlandaskan keprihatinan bagi menaikkan taraf hidup bukannya mengeksploitasi mereka tanpa had dan tidak berperikemanusiaan.

Adam Hochschild, seorang penulis Amerika Syarikat menekankan dalam karyanya King Leopold's Ghost bahawa polisi-polisi monopoli dan buruh paksa tidak berperikemanusiaan raja itu berdasarkan kepada polisi yang diamalkan di Hindia Timur Belanda, malah turut digunapakai Jerman, Perancis dan Portugal di jajahan-jajahan milik mereka yang mengeluarkan hasil getah.

Pada 1908, kerajaan Belgium membuat keputusan untuk mengambil alih pentadbiran Negara Bebas Congo dari pada Leopold II akibat tekanan masyarakat antarabangsa berikutan penindasan yang berlaku di situ lalu mengasaskan tanah jajahan rasmi Congo Belgium.

Selepas itu, gerakan nasionalisme dan kemerdekaan Congo bermula pada 1950an dan mencapai kemuncak pada 1960 dengan kemunculan gerakan seperti Mouvement National Congolais (MNC) dan Alliance des Bakongo (ABAKO).

Congo Belgium memperoleh kemerdekaan pada 30 Jun 1960 dengan nama Republik Congo. - Agensi

Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom