Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Manaqib Tuan Guru Haji Ahmad Fakeh Bin Haji Ibrahim, Pondok Pekan Selasa, Sungai Haji Dorani

Tuan Guru Haji Ahmad Fakeh Bin Haji Ibrahim, Pondok Pekan Selasa, Sungai Haji Dorani ( 1888 - 1963 )


Tuan Guru Haji Ahmad Fakeh Bin Haji Ibrahim dilahirkan pada tahun 1888 di Kedah.

Beliau mendapat pendidikan awal di Kedah dan kemudian melanjutkan pengajiannya ke Mekah al-Mukaramah selama 42 tahun.

Setelah pulang ke tanah air, beliau telah dijemput oleh orang kampung Sungai Haji Dorani, Sungai Besar untuk mengajar masyarakat kampung ilmu-ilmu agama. Orang-orang kampung telah bergotong royong membina surau dan pondok untuknya, dan akhirnya Tuan Guru Haji Ahmad Fakeh menerima pelawaan tersebut. 

Pondoknya diberi nama rasmi Madrasah al-Khairiyah al-Wataniyyah dan terletak di Pekan Selasa, Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor dan diasaskan pada tahun 1958 dengan jumlah pondok kecil sebanyak 33 buah.

Ketika beliau mengajar di situ, ramailah murid-muridnya yang datang belajar termasuk guru-guru pembantu yang sambil mengajar turut belajar dengannya. Di antaranya ialah :

1. Tuan Guru Haji Muhammad Yatim Bin Mahmud, Sungai Besar
2. Tuan Guru Haji Muhammad Bin Muhammad Zain (Mad Melaka), Sungai Haji Dorani 
3. Tuan Guru Haji Masud, Sungai Besar 
4. Tuan Guru Haji Zakaria Bin Mat Jawa, Sungai Besar 
5. Tuan Guru Haji Hamdan Bin Syahir, Parit 6, Sungai Besar 
6. Tuan Guru Haji Hussin Bin Azhari, Pasir Panjang, Sekinchan 
7. Kiyai Haji Kasbin Bin Kasiar, Sungai Nipah, Simpang 5, Sungai Besar 
8. Kiyai Haji Arba'i Bin Arbi, Tali Air 12
9. Kiyai Haji Mufrad Bin Haji Kasan, Sungai Haji Dorani 

Allahyarham Tuan Guru Haji Ahmad Fakeh meninggal dunia selepas 5 tahun pondoknya dibuka yakni pada tahun 1963. Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Haji Dorani. 

Selepas beliau meninggal, pengajaran di pondok masih diteruskan oleh bekas-bekas anak muridnya dan setelah itu, madrasah ini diambil alih oleh Tuan Guru Haji Osman Bin Haji Sidek yang berasal dari Matang Kunda, Bagan Datok dan sistem pengajian pula bertukar baru.

Beliau telah bernikah dengan orang tempatan berketurunan Banjar di situ. Tetapi tidak dikurniakan zuriat.

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin 

Sumber - Temu bual Tengku Yusuff dengan Kiyai Arba'i pada 28hb Mei 2023 (murid Allahyarham) dan maklumat tambahan dari Ustaz Din Kroh

Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom