Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Karya Umberto Romano yang menggemparkan



Pada bulan Ogos 2017, sebuah lukisan berjudul 'Mr Pynchon and the Setting of Springfield' menjadi topik perbualan hangat di kalangan pengguna laman sosial. Lukisan ini ialah sebuah karya seorang pelukis Itali bernama Umberto Romano, yang berlatar belakangkan keadaan sekitar 400 tahun lalu dan mula dilukis pada tahun 1937.

Ia mengisahkan tentang pertemuan dua puak orang asli Amerika iaitu Pocumtuc dan Nipmuc bersama peneroka Inggeris di Agawan atau kini dikenali sebagai Massachusetts.

Nilai lukisan ini tidaklah semahal atau terkenal seperti karya agung pelukis terkenal dunia yang lain seperti Leonardo da Vinci, Pablo Picasso, Vincent van Gogh dan ramai lagi.

Tetapi, disebabkan wujud sebuah objek ganjil pada lukisan ini, ia mula menjadi tumpuan dunia.

Objek misteri berbentuk segi empat itu dapat dilihat secara jelas pada bahagian bawah kanan lukisan, kelihatan seperti sebuah telefon pintar sedang dipegang oleh seorang lelaki suku puak asli Amerika.

Persoalannya? Adakah ia benar-benar sebuah telefon pintar?

Pakar sejarah dari Universiti Pennsylvania, Dr. Margaret Brucha berkata, bukan mudah bagi pengkaji mengemukakan bukti kukuh dalam tempoh masa terdekat.

Ia memerlukan pelbagai kajian lanjut atau siri ujian kerana karya artis dari Itali itu berkonsep genre romantis, yang memperjuangkan karya-karya berbentuk abstrak. Ia mungkin bilah besi bersegi empat.

Menurut tokoh sejarah barat bernama Daniel Crown, objek pada lukisan berkenaan disifatkan sebagai alatan perhiasan cermin tangan yang digunakan secara meluas selepas abad ke 17.

Selain itu, menurut Crown, karya ini turut memaparkan gambaran tentang kemodenan dunia bangsa Inggeris sewaktu bertemu suku puak asli di Amerika Syarikat.

Unsur moden dimaksudkan sudah tentulah cara berpakaian, senjata dan termasuklah harta benda lain dan salah satunya merujuk cermin tangan yang dipegang oleh lelaki tersebut.

Dan oleh kerana objek itu berbentuk segi empat, boleh jadi juga ia dikaitkan sebagai senaskah teks keagamaan milik orang Inggeris.

Sumber artikel: sentiasapanas

Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom