Ramai yang bertanya kenapa saya memilih isteri berbangsa Cina dan tidak cantik pula paras rupanya.
Sedangkan mereka kata saya ini orang kaya dan boleh miliki apa sahaja yang saya mahu; yang cantik, yang seksi. Tidak seperti isteri saya, Priscilla Chan.
Soalan saya, apakah makna seorang perempuan cantik?
Memang saya selalu berjumpa ramai perempuan cantik. Mereka juga mahu saya mengambilnya sebagai isteri.
Namun bagi saya perempuan cantik itu kebanyakannya berhati seperti kaca, amat rapuh.
Jika sedang sakit manjanya seperti puteri raja. Mereka juga angkuh dan sombong.
Ada juga yang bertanya kenapa walaupun sudah begitu kaya tapi saya tak ada kereta mewah, tidak ada rumah seperti istana dan tidak enjoy ke seluruh dunia.
Saya tahu antara tujuan mereka mahu menjadi isteri saya ialah kerana mahu miliki jet set, batu permata dan segala kemewahan.
Perempuan demikian, meski secantik bagaimanapun kalau hatinya hanya mahu dan mahu segala kemewahan, jiwanya adalah jahat, emosinya juga kotor.
Jika secantik mana sekalipun tapi jika hatinya rosak, diberikan percuma pun saya tak mahu.
Bagi saya kecantikan luaran akan berkurangan seiring dengan bertambhanya usia, tapi kecantikan dari dalam diri akan bertambah nilainya seiring dengan pertambahan usia.
Ini adalah pepatah Cina dan saya akuinya.
Maka saya berusaha menghindari untuk bersentuhan dengan perempuan yang secara cepat susut nilainya.
Ramai bertanya apakah yang saya suka daripada Priscilla Chan?
Raut wajah seorang perempuan adalah cerminan hatinya. Senyumnya selalu memukau saya. Sejak hamil Priscilla tak hiraukan wajahnya akibat kehamilan.
Dia tetap berpakaian sederhana. Tak bermekap. Saya sukakan kesederhanaannya. Saya suka penampilannya yang asli.
Priscilla seorang yang berani, penuh semangat dan bijak. Saya tak pernah rasa dia pergunakan saya atau mahu bermegah-megah dengan kekayaan saya.
Dia miliki daya intelektual dan kecerdasan emosi yang tinggi. Jangan lupa, Dr Priscilla Chan lulusan kedoktoran di Harvard University.
Bagi saya perkahwinan ibarat sepasang kasut. Hanya pemakainya yang tahu samada kasutnya selesa dipakai atau tidak.
Itulah, Priscilla paling sesuai buat saya dan saya merasa Priscilla adalah pasangan yang paling ideal untuk saya di muka bumi ini.
Dulu saya berkenalan dengan Priscilla semasa kami pertama kali bertembung di tandas. Di matanya, saya hanyalah seorang kutu buku, tidak lebih daripada itu.
Namun mulai saat itu saya berkata dalam hati saya, "inilah jodoh saya."
Di mata kalian, Priscilla Chan adalah perempuan yang hodoh, tapi di mata saya, dia adalah perempuan cantik dan paling serasi dengan saya.
Selalu ingat, sederhana itu indah.
Mark Zuckerberg
KLIK > DAPATKAN PELBAGAI BUKU PADA HARGA DISKAUN [KEMASKINI]
KONGSIKAN: