Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Tuan Guru Haji Abdul Hamid Kajang ( 1860 - 1952 )


Tuan Guru Haji Abdul Hamid Bin Haji Daud dilahirkan di Sumatera pada tahun 1860. Beliau yang berketurunan Bilah Mandele ini kemudiannya berpindah menetap di Selangor.

Tuan Guru Haji Hamid Kajang telah ke Mekah dalam usianya yang masih kecil dan menuntut ilmu daripada beberapa alim ulama' disana. Diantaranya ialah :

1. Syeikh Muhktar Attarid Bogor
2. Syeikh Ahmad Khatib al-Minankabawi - Imam Masjidil Haram

Beliau pulang ke Selangor selepas 10 tahun di Mekah dan dilantik menjadi Qadhi Hulu Langat selama 22 tahun.

Tuan Guru Haji Hamid bersama dengan sahabatnya Syeikhul Islam Perak Syeikh Muhammad Salleh al-Minankabawi telah mengasaskan sebuah pondok yang diberi nama Madrasah at-Taufiqiyah di Kajang sekitar tahun 1913/1914. Beliau mengajar di sana selama 40 tahun. Tuan Guru mengajar sebanyak 14 hari dalam masa sebulan dan kelas pula terbahagi kepada 3 sesi. Diantara anak muridnya ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zain Tama.

Beliau pernah ditawarkan jawatan Syeikhul Islam Selangor namun ditolaknya. Lantaran itu, beliau dilantik pula sebagai Ahli Majlis Fatwa Selangor dan diberi tauliah mengajar bagi empat buah negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Pahang.

Tuan Guru Haji Hamid Kajang meninggal dunia pada 23 September 1952 ketika berusia 92 tahun dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang, Selangor.


Sumber - Pameran Ulama' di Yayasan al-Jenderami, Tengku Yusuff

Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom