Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Mengapa Taj Mahal dianggap keajaiban seni bina manusia


Taj Mahal yang dianggap salah satu binaan terindah di dunia yang terletak di negara India. Sebuah bangunan yang cukup indah menarik jutaan orang untuk singgah ke kompleks makam ini.

Di bina oleh Shah Jehan sebagai makam untuk isteri tercinta beliau iaitu Mumtaz Mahal lalu beliau mengarahkan untuk membina tempat ini pada tahun 1632 di sungai Yamuna, Arga di India.

Pada 1631, isteri beliau telah meninggal dunia semasa melahirkan anak yang ke 14, pembinaan Taj Mahal memakan masa hampir 20 tahun, ketua arkitek bangunan ini ialah Ahmad Lahouri yang juga arkitek kota merah di Delhi.


Seramai 20,000 orang pekerja dari India, Iran, Eropah malah dari Empayar Turki Uthmaniyyah dan hampir 1000 ekor gajah bekerja untuk menyiapkan bangunan ini.

Taman utama di kawasan ini telah dibuat seperti di Kota London semasa pemerintahan British, taman yang asalnya terdiri dari pokok bunga ros.

Empat menara yang dibina telah dibuat untuk tidak tumbang pada makam, dan kalau tumbang menara ini akan jatuh dikawasan tepinya.


Bangunan Taj Mahal dibina dari jubin putih dan batu permata turut digunakan di dalam pembinaanya. Ada yang menceritakan tangan pekerja dan arkitek bangunan ini dipotong tangannya agar hanya terdapat sebuah bangunan yang reka bentuknya semacam ini sahaja di dunia, batu pertama yang diletakkan pada bangunan ini telah diambil oleh British sewaktu pemberontakkan pada tahun 1857.

Bangunan ini telah 'disembunyikan' semasa perang dunia kedua dan perang India-Pakistan, kerajaan India telah membuat satu kepungan dari besi, juruterbang akan hanya nampak seakan akan timbunan buluh sahaja.

Terdapat sumber yang mengatakan bahawa Shah Jahan mempunyai niat untuk membina sebuah lagi Taj Mahal yang bewarna hitam, tetapi dihalang oleh perang yang berlaku diantara anak-anak beliau.

Sembilan tahun sebelum kematian Shah Jahan, perebutan kuasa dan harta berlaku diantara anak-anak beliau, perebutan yang berlaku diantara Dara Shikoh dan Aurangzeb menyebabkan Dara telah dibunuh, dan memenjarakan Shah Jahan untuk menyekat dari terus berkuasa, malah beliau juga dihalang untuk mendekati Taj Mahal.

Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom