X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Padamnya pelita-pelita agama 1930an



Dekad 30an adalah waktu yang paling menyedihkan buat ummah khususnya di Tanah Melayu apabila kebanyakkan alim ulama' besar negara kita meninggal dunia pada dekad ini termasuk Tok Kenali dan Tuan Hussien Kedah al-Banjari.

Pada tahun 1930, ulama' besar asal Bogor, Indonesia yang menjadi guru besar di Mekah telah meninggal dunia. Beliau ialah Syeikh Mukhtar Attarid Bogor. Di bawah asuhannya, ribuan anak murid berjaya dididik termasuk dari mereka yang berasal dari bangsa Arab.

Di Kedah pula, tiga ulama' besar Kedah meninggalkan kita pada tahun 1932. Iaitu :

1. Tuan Guru Haji Yaakob Kemelong, Pengasas Pondok Kemelong, Sik - 23 April 1932
2. Tuan Guru Haji Said Umar, Pengarang Kitab Tafsir Nurul Ehsan
3. Tuan Guru Haji Hussin Bin Hassan, Pengasas Pondok Titi Besi, Alor Setar

Tarikh keramat 19 November 1933, Mahaguru Alam Melayu, Tok Kenali telah pergi dijemput ilahi meninggalkan ratusan muridnya yang menjadi ulama'. Tahun yang sama juga, Syeikhul Islam Perak, Syeikh Muhammad Salleh al-Minankabawi pula wafat pada 12 Mac 1933 yang berpunca dari kemalangan jalan raya di Kuala Lumpur.

Pada tahun 1935, 3 wali Allah bumi Kelantan meninggal dunia dalam tahun yang sama iaitu :
1. Tok Selehor - 20 Februari 1935
2. Tok Padang Jelapang - 4 Mei 1935
3. Tok Seridik - 11 Disember 1935

Pada 10 Februari 1936, bumi Kedah pula menangisi pemergian ulama' terkenal negeri tersebut yang bernama Tuan Hussien Kedah al-Banjari. Tokoh ini tutup usianya ketika berumur 72 tahun.

Pemergian mereka menghadap ilahi adalah suatu kehilangan besar buat masyarakat. Hilang permata ilmu seorang demi seorang. 

Di sini al-Faqir senaraikan 53 tokoh ulama' besar Alam Melayu yang wafat pada dekad 30an mengikut susunan tahun wafatnya.

1. Syeikh Mukhtar Attarid Bogor (W.1930)
2. Tuan Guru Haji Daud Kampung Menuang (W.1931)
3. Tuan Guru Pak Chik Haji Musa al-Kalantani (W.1931)
4. Tuan Guru Haji Abdullah Bunut Susu (W.1931)
5. Tuan Guru Haji Daud Kampung Machang, Limbat (W.1931)
6. Tuan Guru Haji Yaakob Kemelong (W.1932)
7. Syeikh Mohammad Nor al-Kholidi, Sungai Cincin (W.1932)
8. Tuan Guru Haji Hussin Titi Besi (W.1932)
9. Habib Hassan al-Attas (W.1932)
10. Tok Kerawat (W.1932)
11. Tuan Guru Haji Said Umar, Tafsir Nurul Ehsan (W.1932)
12. Tuan Guru Haji Omar Beranang (W.1932)
13. Tok Kenali (W.1933)
14. Tuan Guru Haji Che Leh Kampung Laut (W.1933)
15. Tuan Guru Haji Mat Zain Muar (W.1933)
16. Syeikhul Islam Perak Syeikh Muhammad Salleh al-Minankabawi (W.1933)
17. Syeikh Zainuddin Sarawak (W.1933)
18. Syeikh Abdul Qadir al-Mandili Tua (W.1933)
19. Tuan Guru Haji Abdul Malek Sungai Pinang (W.1934)
20. Syeikh al-Hadi (W.1934)
21. Tok Kemuning Muda (W.1934)
22. Tuan Guru Haji Omar Mentuan (W.1934)
23. Tuan Guru Haji Nik Man Tua (W.1934)
24. Tuan Guru Haji Wan Hassan Kemboja (W.1934)
25. Tuan Guru Haji Awang Limbat (W.1934)
26. Tuan Guru Pak Chu Yeh Tok Raja Haji Patani (W.1935)
27. Tok Selehor (W.1935)
28. Tok Padang Jelapang (W.1935)
29. Tok Seridik (1935)
30. Tuan Guru Haji Che Mamat Pasir Pekan (W.1935)
31. Syeikhul Islam Kedah Syeikh Wan Sulaiman (W.1935)
32. Syeikh Sayyid Muhsin al-Masawi (W.1935)
33. Tuan Guru Haji Wan Abdullah Bin Mufti Wan Musa (W.1935)
34. Tok Kedah @ Tuan Guru Haji Idris (W.1936)
35. Syeikh Haji Umar al-Kholidi (W.1936)
36. Tuan Hussien Kedah al-Banjari (W.1936)
37. Tok Kemuning Tua (W.1936)
38. Tuan Guru Haji Wan Daud Khatib (W.1936)
39. Pak Chik Daud al-Fathani @ Syeikh Wan Daud (W.1936)
40. Tuan Guru Haji Omar Merbok (W.1938)
41. Sultan Sulaiman Shah Selangor (W.1938)
42. Tuan Guru Haji Muhammad Said Khatib (W.1938)
43. Tuan Guru Qadhi Haji Abu Bakar Muar (W.1938)
44. Tuan Guru Nik Daud Pasir Hor (W.1935 38)
45. Tuan Guru Haji Ahmad Manan (W.1938)
46. Datuk Laksamana Haji Muhammad (W.1939)
47. Tok Jerulong (W.1939)
48. Imam Mursyidi Sarawak (W.1939)
49. Tuan Guru Haji Osman Batu 10, Kadok (W.1939)
50. Syeikh Abdul Lathif Thambi (W.1939)
51. Mufti Haji Wan Musa (W.1939)
52. Tuan Guru Haji Wan Abdul Majid Kampung Paya (W.1939)
53. Tuan Guru Haji Mahmud Gagah (W.1939)

Patah tumbuh hilang berganti tetapi ulama' yang wafat sampai bila-bila tiada penggantinya.

Mohon hadiahkan bacaan al-Fatihah kepada sekalian tok-tok guru kita yang telah pergi menghadap ilahi. Moga kita bangkit di Padang Mahsyar kelak duduk di belakang mereka, dibawah panji kebenaran. 

Rujukan : Tengku Yusuff, Jejak Ulama Nusantara


Ikuti kami di Telegram KLIK DI SINI



KONGSIKAN:



  • Jayshree Nathwani mati bukan sebab bunuh diri tapi "dibunuh"

    Pada 27 September 2017 pihak polis di Rajkot India telah menerima panggilan kecemasan mengenai satu kes bunuh diri seorang pesara guru wanita berusia 64 tahun Jayshree Nathwani di sebuah apartment berdekatan Nanavati Chowk. Menurut anak lelaki wanita terbabit Sandeep Nathwani,ibunya ada memberitahu bahawa dia ingin ke  tingkat atas apartment t... Baca Selanjutnya

  • Inilah benteng terakhir pelarian Vietnam

    Emas Kim Thanh yang seberat 15 gram yang dibawa oleh pelarian Vietnam sewaktu perang tahun 1970an dulu merupakan benteng terakhir bagi mereka menuju negara-negara kaya di Barat untuk mereka memohon suaka.Waktu zaman perang Vietnam dulu, tiada harta lain yang berharga yang boleh dibawa lari oleh rakyat Vietnam, kecuali kepingan emas nipis ni. B... Baca Selanjutnya

  • Fenomena aneh di Gua Coudersport jadi tumpuan para pengkaji

    Gua Coudersport yang terletak di Appalachian, Pennysylvania, Amerika Syarikat dianggap sangat luar biasa oleh pemduduk tempatan bahkan para pengkaji kerana mampu membeku ketika cuaca panas.Gua ini didakwa telah wujud sejak sekian lama.Gua Coudersport ternyata amat unik kerana ia menghasilkan ais pada musim panas tapi akan mencair apabila datang mus... Baca Selanjutnya

  • Terkorbannya jutawan Melayu dalam peristiwa Triple Three Tragedy

    Pada tanggal 3 Mac 1997, pada jam 10.45 malam, helikopter Agusta A109E Power milik syarikat Gadek Aviation Services Sdn. Bhd, sebuah anak syarikat DRB HICOM telah berlepas dari pangkalan helikopter di Segambut, Kuala Lumpur.Helikopter tersebut yang membawa tiga orang penumpang itu dijadualkan tiba di Kuala Terengganu sekitar jam 11.52 malam. Malang... Baca Selanjutnya

  • Penemuan meriam Hang Tuah di Goa bukti rompakan besar-besaran penjajah Portugis

    Oleh : Izzuddin al JitrawiyGoa (India): Meriam, rangka besi dan beberapa barangan yang mempunyai simbol Kesultanan Melayu Melaka ditemui di bandar ini sekali gus membuktikan Portugis membawa keluar pelbagai artifak sejarah Melaka ke sini selepas menawan empayar kesultanan itu.Mengikut catatan sejarah, pihak Portugis yang diketuai Afonso de Albuquer... Baca Selanjutnya

Ads Bottom