Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Kisah pembunuhan kejam keluarga Kapitan Cina Liang Pak oleh pengganas Komunis

Kekejaman pengganas Komunis di Tanah Melayu tidak mengenal bangsa walaupun majoriti ahli Parti Komunis Malaya adalah orang Cina, terdapat juga orang-orang Cina yang setia kepada kerajaan turut menjadi mangsa kekejaman pengganas komunis. Dibawah ini coretan peristiwa tragis yang menimpa keluarga Zai VM yang menyaksikan ramai ahli keluarganya dibunuh oleh pengganas Komunis.

Kekejaman komunis..

Assalamualaikum..izinkan saya bercerita sedikit tentang sejarah kekejaman komunis kepada keluarga saya untuk kita sama-sama mengambil iktibar.. pada tahun 1947 datuk saya, Liang Pak telah terbunuh akibat kekejaman komunis.. beliau adalah seorang kapitan Cina yang menguasai Bahau di Negeri Sembilan... mengikut sejarahnya beliau yang seperti dicatatkan..beliau adalah pengurus ladang Dunglop ( Geddes ) ladang getah yang terbesar di dunia ketika itu.. di samping itu beliau juga memiliki tanah seluas 200 hektar dan menguasai perniagaan emas, komoditi serta pelbagai perniagaan... mengikut cerita orang-orang lama di kampung.. Tuanku Abdul Rahman..YDP Agung pertama, selalu datang ke rumah beliau atas urusan apa tidaklah saya pasti.. mendiang juga ingin dibekalkan oleh Tuanku ketika itu senjata tetapi ditolak oleh beliau..kerana beliau adalah ketua dan pengamal seni kung fu dan mempunyai lebih seribu anak murid dimana beliau yakin dengan pengikut beliau mampu mengatasi sebarang ancaman bahaya.. 

Kapitan Liang Pak

Pada suatu hari pihak pengganas komunis dan orang Cina di Bahau meminta beras untuk dibekalkan kepada mereka kerana mendiang menguasai perniagaan komoditi beras.. beliau sebagai individu yang dikenali rapat dengan Tuanku Abdul Rahman ketika itu bertindak berani dengan tidak menghulurkan bantuan kepada pengganas Komunis. Beliau sendiri merupakan seorang yang anti Komunis bahkan bekalan beras tersebut telah diberikan kepada penduduk di perkampungan Melayu sehingga menaikkan kemarahan pengganas Komunis.. Pada suatu malam, ketika sedang menikmati makan malam.. segerombolan pengganas komunis menyerbu masuk ke dalam banglo yang didiami beliau sekeluarga..dengan menyusup menggunakan tali barut dari ahli keluarga beliau sendiri... ketika itu keluarga yang lain sedang menikmati makan malam termasuk anak beliau seramai empat orang dijaga oleh empat orang pengasuh pengasuh.. 

Pengganas komunis bertindak menembak mati keseluruhan ahli keluarga yang sedang makan.. mengikut cerita, seramai sepuluh orang mati di atas meja makan..anak-anak kecil ketika itu berada di dapur..pengganas komunis menembak mereka tetapi pengasuh melindungi dengan menjadikan tubuh badan sendiri sebagai pelindung.. seorang pengasuh telah terbunuh yang dikenali sebagai..encik Ho.. dua orang anak lagi sempat dilarikan masuk ke dalam hutan termasuk nenek yang berada di dapur ketika itu.. Ibu saya merupakan anak yang ketiga dilarikan pengasuh ke rumah orang Melayu.. anak yang keempat terus hilang sehingga ke hari ini.. Ibu saya kemudiannya diberi pada pengikut datuk yang merupakan seorang peniaga emas. Namun ianya berjaya  diketahui oleh pengganas komunis dan terus diburu... Keluarga Cina yang menjaga ibu diserahkan kepada keluarga Melayu di Kuala Pilah untuk menyelamatkan ibu .. nenek pula dibawa lari ke klang dan terpaksa hidup di jirat Cina untuk disembunyikan dan hidup tanpa haluan.. 

Pada tahun 1990 keluarga ini bertemu kembali setelah nenek kembali ke Jelebu..Ibu saya bertemu kembali dengan ibunya setelah terpisah selama 50 tahun.. buku keturunan di bawah ini saya dapat setelah nenek meninggal dunia baru-baru ini. Di dalamnya tercatat susur galur datuk ribuan tahun dari Tanah Besar China sehingga kini.. buku ini diserahkan dari Taiwan oleh pengikut-pengikut datuk saya pada 1998 kepada nenek.. nenek lari dari klang kerana pihak dari Taiwan ingin mengetahui siapa pembunuh datuk dan mencarinya.. hanya nenek sahaja yang mengetahui siapakah tali barut pengganas komunis itu.. demi kebaikan nenek melarikan diri sekali lagi sehinggalah beliau meninggal dunia.. semoga kisah ini menjadi pengajaran tentang sejarah kekejaman pengganas komunis .. Alhamdullilah kini keluarga telah ditemui kecuali seorang adik mak.. semoga Allah memberkati keluarga saya dari dilanda tragedi-tragedi begini lagi angkara pengganas Komunis..Amin..


Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom