Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Yahya Ayyash : Jurutera Palestin paling digeruni Israel


Dapatkan info terkini perjuangan rakyat Palestin klik t.me/SERUANALQUDS

 “Aku bernazar kepada Allah bahawa diriku adalah untuk Allah, kemudian untuk agama Islam. Maka tidak ada pilihan bagiku kecuali kemenangan atau mati syahid, kerana perang melawan Israel itu harus berterusan sampai semua orang Yahudi keluar dari setiap jengkal tanah Palestin.” (Yahya Ayyash)

Yahya Ayyash merupakan angggota setia Hamas dan pemimpin Briged Al Qassam Cawangan Tebing Barat sehingga tahun 1996 dengan memberi sumbangan  kepakaran dalam membuat bahan letupan daripada bahan-bahan mentah yang mudah didapati di Palestin. 

Beliau turut digelar “The Engineer” kerana mahir dalam teknik pembuatan bom berani mati dalam konflik Palestin-Israel. Beliau adalah orang yang bertanggunjawab dalam teknik "bom syahid" dalam peperangan menentang rejim zionis.


Beliau merupakan individu yang menjadi senarai "most-wanted". Beliau diburu oleh rejim zionis yang mengakibatkan beliau hidup berpindah randah selama tiga tahun. Dalam tempoh persembunyian itu, beliau gunakan untuk melatih pemuda-pemuda Palestin untuk membuat senjata dan bom menggunakan bahan-bahan asas yang boleh didapati di bumi Palestin.

Peristiwa pembunuhan Yahya Ayyash pada 5 Januari 1996 bermula apabila beliau bersembunyi di rumah sahabatnya Usamah Hammad. Bapa saudara Usamah yang dikenali sebagai Kamal Hamad telah mengetahui keberadaan beliau di rumah Usamah. Disebabkan wang dan harta, Kamal Hammad telah bersekongkol dengan ejen Shin Beit untuk membantu mereka membunuh Yahya Ayyash. 

Ejen Shin Beit telah memberikan Kamal sebuah telefon yang telah dipasang pepijat bagi mendengar perbualan Yahya Ayyash. Kamal telah menyerahkan telefon bimbit tersebut kepada Usamah kerana beliau sedia maklum bahawa Yahya biasa menggunakan telefon bimbit anak saudaranya. Ketika Yahya sedang menghubungi ayahnya, perbualan tersebut telah dikesan oleh Shin Beit yang akhirnya meletupkan telefon tersebut dari jauh. Letupan tersebut telah menghancurkan kepalanya mengakibatkan beliau syahid. Menurut sumber, kematian Yahya Ayyash telah didalangi oleh Agensi Keselamatan Israel (Shin Beit) dengan kerjasama bapa saudara Usamah iaitu Kamal Hamad. Ketika itu, Yahya Ayyash telah meninggalkan isterinya yang sedang hamil dan mengikut perancangan beliau, hari pembunuhannya adalah hari untuk bertemu dengan keluarganya setelah sekian lama bersembunyi daripada tentera rejim zionis. 

Dengan kematian Yahya Ayyash tentera zionis menyangka bahawa tiada lagi penentangan terhadap setiap rancangan mereka, namun kematiannya telah melahirkan beribu-ribu 'Yahya Ayyash' untuk menentang kemaraan zionis Israel. Kematian beliau telah menguatkan semangat jihad umat Islam Palestin kerana kekuatan umat Islam bukan sekadar terletak kepada ketua tetapi bergantung kepada kekuatan iman dan takwa.

As-Syahid Yahya Ayyash


Sumber: Buku Perjalanan Meminang Bidadari (Kisah Luar Biasa 10 tokoh Syahid Moden)


Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom