Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Henry Kissinger : Setiausaha Amerika Syarikat yang dibenci dunia Arab-Islam


Dapatkan info terkini perjuangan rakyat Palestin klik t.me/SERUANALQUDS



Kita dikejutkan dengan kematian Henry Kissinger, bekas Setiausaha Amerika Syarikat semalam yang sangat kontroversi. Beliau pernah menang hadiah Nobel Keamanan.

Tapi kenapa beliau dianggap sangat kontroversi?

Beliau dianggap tokoh yang kontroversial kerana pegangan "realism" beliau berlawanan dengan dasar luar US yang berasaskan "liberal internationalism."

Beliau yang realism ni anggap penyebaran demokrasi sebagai mengarut.

Ketika Kissinger jadi penasihat, US tamatkan Perang Vietnam, berbaik dengan Soviet dan China.

Walaubagaimanapun, kebanyakan idea yang dibawa Henry Kissinger ditolak oleh presiden kecuali Nixon dan Trump. Pengaruh beliau tak sebesar Zbigniew Brzezinski.

Kita lihat pula impak Kissinger di Dunia Arab.

Kissinger main peranan penting dalam mengukuhkan hubungan antara US dan Israel.

US jadi sekutu utama bagi Israel apabila beliau berkhidmat di bawah pentadbiran Richard Nixon dan Gerald Ford.

Semasa perang Arab-Israel 1973, Kissinger melihat bahawa Israel melawan habis-habisan untuk menghalang "kemenangan Arab."

Ketika ni US bagi bantuan ketenteraan kecemasan kepada Israel semasa perang yang membalikkan kemenangan awal tentera Mesir dan Syria.

Kissinger desak dasar US yang "akan melindungi semua kepentingan US di Timur Tengah" yang mana "kewujudan Israel" adalah satu-satunya.

Kissinger turut pastikan US tak jalinkan hubungan dengan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang diketuai oleh Yasser Arafat.

Pada tahun 1975, beliau tandatangan "memorandum persefahaman" dengan Israel yang memastikan Amerika takkan iktiraf atau adakan perbincangan dengan PLO melainkan pergerakan Palestin iktiraf "kewujudan" Israel.



Peranan beliau dalam Perjanjian Camp David pada tahun 1978 juga menyaksikan beliau mengetepikan rakyat Palestin.  

Perjanjian itu ditandatangani antara Presiden Mesir Anwar Sadat dan Perdana Menteri Israel Menachem Begin menyebabkan Mesir menjadi negara Arab pertama yang mengiktiraf Israel secara rasmi.

Kissinger ada hubungan rapat dengan Shah Iran, Mohammad Reza Shah Pahlavi pada 1970-an.  

US sokong pemerintahan autokratiknya dan melihat Shah sebagai sekutu utama di rantau ini dan kuasa penstabil menentang pengaruh Soviet sebelum berlakunya Revolusi Iran pada 1979.


Kissinger mainkan peranan penting dalam menjalin hubungan US-Saudi. Niat beliau untuk menentang pengaruh Soviet dan memastikan akses US terhadap minyak tak terganggu.

Kissinger terlibat dengan Presiden Syria, Hafez al-Assad untuk hadkan pengaruh Soviet dan menjamin kepentingan US.

Pengaruh Kissinger ke atas dasar Timur Tengah dahulu meninggalkan kesan yang kekal terhadap sebilangan besar negara Arab sehingga hari ini.

Ada satu fakta menarik, Kissinger sendiri pernah ramalkan Israel akan lenyap dalam tempoh 10 tahun. Kenyataan tu dibuat beliau pada 2012 kepada wartawan Cindy Adams dan diterbitkan The New York Post.

Rujukan: Azizul Farhan, The Patriot


Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom