Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Inilah antara senjata yang dicipta sendiri oleh Briged al Qassam

Mortar


Sehingga ke hari ini, Briged Al-Qassam berjaya membangunkan tiga jenis mortar iaitu 60mm, 81mm dan 120mm. Walaupun jaraknya dekat, namun senjata ini dikatakan lebih berkesan untuk membedil kubu tentera rejim Israel. Kehadiran mortar-mortar ini juga telah menggantikan roket Qassam 1 kerana ia lebih tepat dan murah kosnya.


Al-Battar


Al-Battar merupakan roket anti-kereta kebal yang dikendalikan dengan menggunakan alat kawalan jauh. Senjata ini digunakan untuk menyerang konvoi kereta kebal rejim Israel. Ia menggunakan roket sepanjang 1 meter yang mengandungi bahan peladak seberat 4 kilogram (kg). Impak kemusnahan Al-Battar ini direkodkan melebihi lebih 1,000m.


Al-Yassin


Al Yassin merupakan satu lagi lagi roket anti-kereta kebal yang dibangunkan oleh Briged Al-Qassam. Ia mempunyai persamaan dengan roket anti-kebal buatan Soviet Union iaitu RPG-2 dan RPG-7. Bagaimanapun, Al-Yassin dibangunkan menggunakan mekanisme yang ringkas. Roket yang dipasang mampu ditujah hingga ke jarak 300m.


Roket Qassam


Roket ini diperkenalkan pada 2001 bagi membedil rejim Israel. Ia merupakan roket kebanggaan Briged Al-Qassam. Terdapat empat model telah dihasilkan iaitu Qassam 1, Qassam 2, Qassam dan Qassam 4. Roket seberat 35 hingga 50kg ini mampu terbang sejauh 17 kilometer (km).


Ghoul


Ghoul merupakan raifal penembak tepat hasil tangan anggota Briged Al-Qassam. Ia dinamakan sempena nama bekas komander Briged Al-Qassam iaitu Adnan el Ghoul yang pernah membangunkan Al-Yassin. Raifal sepanjang 2m ini merupakan salah satu senjata baharu yang mampu menembak pada jarak lebih 2km.


Drone Ababeel


Merupakan dron atau pesawat tanpa pemandu (UAV) yang baru sahaja dibangunkan oleh Briged Al-Qassam. Ia terbahagi kepada tiga model iaitu A1A – berfungsi sebagai dron pengawasan, A1B – berfungsi sebagai dron penyerang dan pengebom serta A1C – berfungsi sebagai dron kamikaze atau pengembom berani mati.

Sumber : Memri dan Silah Report

Nota : Terdapat lagi beberapa senjata yang dicipta oleh Briged al Qassam seperti drone bunuh diri Az-Zouri.

Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom