Sebilah keris yang pamurnya berupa tulisan Jawi seperti keris kepunyaan kerabat Kesultanan Johor yang kini berada di Baroda, India. Keris ini dikatakan milik Sultan Abdul Rahman Muazam Shah, iaitu Sultan yang memerintah kepulauan Singapura dan Riau.
Tulisan yang tertera di keris tersebut berbunyi " Allah Maha Besar ". " Sultan Abdul Rahman Muazam (Mirzam) Shah". Manakala disebaliknya tertulis potongan ayat Al Quran keris ini dibeli dari sultan Hussin di Singapura dan di bawa ke india oleh Baron R. J de Touche-Skadding pada awal abad ke-19.
Gambar : Keris berpamur tulisan jawi
Sumber maklumat Malaysian in History
Vol 5 No 2 November 1959 hlm 45
Sumber : Senjata-Senjata Dizaman
Kesultanan Melayu Johor
KLIK > DAPATKAN PELBAGAI BUKU PADA HARGA DISKAUN [KEMASKINI]
KONGSIKAN: