Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Qasr al-Basha : Istana bersejarah dimusnahkan Israel



Tentera Israel memusnahkan Qasr al-Basha, sebuah istana bersejarah yang terletak di Kota Lama Gaza.

Istana itu, yang pernah menempatkan sebuah muzium yang menampilkan artifak dari era yang berbeza, berfungsi sebagai pusat kuasa Gaza semasa zaman Mamluk, Uthmaniyyah, Penjajahan Perancis dan Penjajahan Mandat British.

Kemusnahan Istana bersejarah Qasr Al Basha disebabkan pencerobohan dan pengeboman Rejim Zionis mengingatkan empayar Kesultanan Mamluk (1250 - 1517) yang mempunyai sebuah highway ( jalan utama ) yang menghubungkan antara Damsyik - Syria sehingga ke Kaherah.

Highway ini begitu menakjubkan mempunyai stesen RnR lama bagi keperluan musafir yang jauh dari Damsyik sehingga ke Kaherah. Dikatakan di Jordan sahaja mempunyai berbelas stesen RnR sebagai tempat persinggahan dan jalan highway batuan masih lagi terjaga.

Gaza adalah merupakan centre kepada highway zaman Mamluk ini kerana geografi yang strategik berdekatan dengan Laut Mediterranian dan pelabuhan kapal. Serta, Bandar Lama Gaza ini juga menjadi penghubung antara Syam ke Utara Afrika iaitu Mesir berdasarkan peta di atas.

Nota peta: Warna Hijau adalah merupakan Highway Mamluk

Sumber : Kajian Hadis Palestin


Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom