Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Sejarah Templer Park



Templer Park atau lebih popular dikenali sebagai Taman Rimba Templer, terletak di jalan lama utara Kuala Lumpur - Ipoh. Pembukaan Taman Rimba Templer telah dilakukan oleh Sir Gerald Templer, pada 11 Februari 1954.

Kawasan Taman Rimba Templer ini adalah hadiah dari Kerajaan Selangor dan merupakan taman negara yang pertama. Namanya diambil sempena nama Sir Gerald Templer yang merupakan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu.



Pada awal pembukaannya, kawasan ini diletakkan dibawah jagaan ahli bagi Sumber Alam Semulajadi. Kerja-kerja penyediaan taman ini dilakukan oleh satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Tun Dr.Ismail Datuk Abdul Rahman, dan ahli-ahlinya terdiri daripada para pegawai Jabatan Pertanian Dan Perhutanan.

Hutan simpan seluas 1, 214 hektar yang kaya dengan keindahan alam ini, membentuk kawasan hijau bagi penduduk bandar.Dan ianya menarik para pencinta alam, jurugambar dan menjadi tempat riadah.

Pada hari perasmian tersebut, Sir Gerald Templer sempat meninjau kawasan seluas 50 ekar yang telah mula dibuka kepada orang awam.


Taman Templer juga telah diwartakan oleh Kerajaan Negeri Selangor, yang terletak dibawah Warta Kerajaan N0.104-1955, Kawalan Dan Pemeliharaan Alam Semulajadi.

Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom