Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Israel takkan berjaya hapuskan HAMAS - Tun Dr Mahathir


Sekiranya rejim Israel berjaya membunuh semua anggota Hamas, perjuangan mereka tidak akan dapat dihapuskan apabila segala 'kekosongan' keahlian akan diisi serta-merta oleh oleh rakyat Palestin lain, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, ini kerana rakyat Palestin tahu sifat kebinatangan Israel yang tidak akan berhenti menindas bumi Palestin.

"Satu-satunya pencapaian Isr4el sehingga kini ialah mencipta musuh abadi dan satu dunia akan tahu betapa kejamnya Israel yang tidak mempedulikan hak manusia atau sifat kasih sayang.

"Disebabkan Amarika Syarikat menyokong tindakan genosid ini, maka negara itu sebenarnya bertanggungjawab dalam pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin dan tidak berhak meletakkan diri di kedudukan moral yang lebih baik berbanding negara lain," katanya dalam ciapan di platform X.

Sumber: Platform X Dr Mahathir Mohamad

Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom