Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Tuan Guru Haji Abdul Aziz bin Ismail al-Fathani


Tuan Guru Haji Abdul Aziz bin Ismail al-Fathani menantu kepada ulama tersohor Patani, Tuan Guru Ayah Der Sekam ini lahir di Patani pada tahun 1944. Selepas berhijrah ke Kelantan bersama keluarganya, beliau menetap di Kampung Paloh, Pintu Geng, Kota Bharu.

Baba Abdul Aziz ini adalah merupakan ayah mertua kepada Tuan Guru Haji Ismail Sepanjang.

Beliau mendapat pendidikan yang lama di Patani dan di antara gurunya ialah ayah mertua beliau sendiri iaitu Ayah Der Sekam.

Tuan Guru Haji Abdul Aziz bin Ismail al-Fathani

Selepas berhijrah, Baba Abdul Aziz aktif mengajar kitab di beberapa buah tempat seperti Madrasah Haji Wan Ahmad di Kampung Paloh. Di madrasah ini, dianggarkan ratusan yang datang belajar dengan beliau setiap pagi Jumaat, sama ada masyarakat setempat yang jauh juga dekat mahupun pelajar-pelajar pondok di sekitar Kota Bharu.

Di antara anak muridnya ialah :

1. Tuan Guru Haji Sofi Langkawi
2. Tok Imam Haji Yakob Masjid Mulong
3. Ustaz Datuk Nik Zawawi
4. Tuan Guru Haji Othman Bin Din Sungai Pau

Beliau ada mengarang sebuah kitab yang berjudul Misbahul Munir pada tahun 1409 Hijrah yang kini sering digunakan sebagai silibus pengajian di pondok-pondok. Selain itu, kitabnya yang lain berjudul Doa-Doa Yang Dipilih yang ditulisnya ketika di Pondok Sekam.




Tuan Guru Haji Abdul Aziz bin Ismail al-Fathani meninggal dunia pada 5 Januari 1991 dalam usianya 47 tahun.




Sumber - Buku Biografi Singkat 40 Ulama Terpilih Negeri Kelantan dan Ulamak Besar Dari Patani 


Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom