Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Tuan Guru Haji Abdul Rahman Lubuk Tapah


Inilah wajah pengasas Pondok Lubuk Tapah yang mahsyur di bumi Kelantan dan merupakan ayah kepada Al Allamah Tuan Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah ( 1933 - 2008 )

Tuan Guru Haji Abdul Rahman lahir di Kampung Lubuk Tapah pada tahun 1902, Pasir Mas , Kelantan dan mendapat pendidikan awal disekitar negeri Kelantan dan seterusnya ke Mekah . Diantara guru guru beliau ialah :

1. Tok Kenali ( Belajar 5 tahun )
2. Tok Jelapang ( Belajar 6 tahun )
3. Tok Ajong Sumatera
4. Tuan Guru Haji Yaakob Legor
5. Tuan Guru Haji Saad Kangkung
6. Syeikh Othman Jalaluddin al-Kalantani
7. Syeikh Said al-Yamani
8. Syeikh Alawi al-Maliki
9. Syeikh Abbas al-Maliki
10. Pak Da Eil Mekah
11. Syeikh Muhammad Nur al-Fathani
12. Syeikh Mukhtar Attarid Bogor
13. Tok Syafie Kedah
14. Tok Ahyad Bogor
15. Syeikh Ali al Maliki
16. Syeikh Umar Hamdan

Beliau pulang ke kampung halaman pada tahun 1931 dan membuka pondok di Lubuk Tapah . Ratusan pelajar datang ke pondok beliau demi untuk menuntut ilmu . Diantara anak murid beliau ialah :

1. Tuan Guru Haji Daud Bin Haji Jambul - Ahli Jemaah Ulama Majlis Agama Islam Kelantan
2. Tuan Guru Haji Ibrahim Bin Haji Mamat - Guru Pondok Kampung Perah, Slow Machang
3. Tuan Guru Haji Yusuf Bin Ibrahim - Guru Pondok Kampung Jabo
4. Tuan Guru Haji Hussin Bin Ibrahim - Bekas Wakil Rakyat DUN Bukit Tuku
5. Tuan Guru Haji Hasan Bin Haji Che Musa - Imam Masjid Pengkalan Chepa
6.  Tuan Guru Haji Mohd Baki Bin Osman - Pesuruhjaya PAS Pahang
7. Tuan Guru Haji Zakaria Soh - Imam Keliwat , Tanah Merah
8. Tuan Guru Haji Jaafar Bin Sulaiman - Pengasas Pondok Kertau , Temerloh
9. Tuan Guru Haji Yusof Bin Yaakob - Imam Lubuk Tapah
10. Tuan Guru Haji Rahim - Pondok Aur Cina , Pasir Mas

Beliau pernah mengarang beberapa buah kitab risalah . Diantaranya :

1. Pedoman Sembahyang Berjemaah - Feqah ( Solat )
2. Kemanisan Sembahyang - Feqah ( Solat )
3. Kelabaan Masa Kerana Menuntut Sentosa - Wirid


Beliau meninggal dunia pada usia 87 tahun pada tahun 1989 dan disemadikan jasadnya di Masjid Lubuk Tapah . Diriwayatkan ketika beliau wafat , ribuan jemaah hadir untuk solat jenazah beliau sehinggakan lantai papan rumah terpaksa di tongkat dengan kayu sebab hampir runtuh.

Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom