Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Tuan Guru Haji Mohd Amran Bin Haji Mohd



Tuan Guru Haji Mohd Amran dilahirkan pada tahun 1928 di Kampung Karai, Enggor, Kuala Kangsar, Perak.

Ayahnya, Tuan Guru Haji Mohd Arshad Bin Ibrahim al-Khalidi berasal daripada Sungai Pagu, Minangkabau, Sumatera Barat dari keturunan susur galur Sutan Mangun, Kesultanan Pagaruyung. Almarhum datang ke Tanah Melayu dan tinggal di Kampung Baru dan Kampung Abdullah Hukum di Kuala Lumpur. Beliau berhijrah ke Kampung Karai, Kuala Kangsar, Perak atas jemputan DYMM Sultan Iskandar Shah (Sultan Perak) untuk membantu Tuanku Sultan memperkukuhkan agama islam di Negeri Perak. Ketika itu Negeri Perak kekurangan guru agama dan pondok untuk mendalami agama Islam. Almarhum Tuan Guru Haji Mohd Arshad telah membuka pondok/madrasah di Kampung Karai untuk penduduk tempatan bahkan ada juga anak muridnya datang dari Selangor dan Pulau Pinang. Sahabat karib kepada Syeikh Abdullah Fahim ini wafat pada tahun 1949 di Kampung Karai dan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Karai, Enggor, Kuala Kangsar, Perak.

Ibunya pula bernama Zabedah Binti Mohd Jamil, berasal daripada Minangkabau, Sumatera Barat. Mereka sepasang suami isteri telah berhijrah ke Tanah Melayu.

Almarhum mempunyai 11 orang adik beradik, iaitu :

1. Khairuddin (meninggal kecil)
2. Ustazah Hajah Solehah - berkahwin dengan Abdul Latif
3. Malik (meninggal kecil)
4. Meninggal kecil (tidak diketahui nama)
5. Meninggal kecil (tidak diketahui nama)
6. Hajah Zaharah - berkahwin dengan Haji Abdul Latif
7. Tuan Guru Haji Mohd Amran - berkahwin dengan Raden Rahmah Binti Raden Sulaiman & Hajah Zaharah
8. Hajah Rahmah - berkahwin dengan Haji Kassim
9. Hamdan (meninggal kecil)
10. Ustazah Hajah Hamidah - berkahwin dengan Haji Ahmad Zahari
11. Zawawi (meninggal kecil)

Kesemua anak lelaki Tuan Guru Haji Mohd Arshad meninggal dunia ketika kecil, hanya Tuan Guru Haji Mohd Amran sahaja satu²nya anak lelaki Tuan Guru Haji Mohd Arshad yang hidup membesar sehingga berusia.

Tidak banyak yang diketahui tentang dirinya kerana seorang yang sangat berahsia. Beliau mendalami ilmu agama dengan ayahandanya sendiri iaitu Tuan Guru Haji Mohd Arshad sehingga mahir pelbagai cabang ilmu. Beliau turut mendalami ilmu agama daripada Syeikh Abdullah Fahim dan juga beberapa ulama-ulama yang mengajar di Mekah.

Almarhum bersahabat baik dgn DYMM Sultan Idris Shah II (Sultan Perak) sekaligus sebagai salah seorg daripada penasihat agama Islam kepada Tuanku Sultan. Antara jawatan beliau ketika hayatnya ialah Ahli Majlis Fatwa Negeri Perak dan lain-lain lagi.

Hasil perkahwinan beliau dengan Raden Rahmah Binti Raden Sulaiman (isteri pertama), beliau dikurniakan 7 orang cahaya mata, iaitu :

1. Haji Abdul Rahim @ Azranyi
2. Khadijah - meninggal 1998
3. Haji Mohd Kheir - meninggal 2018
4. Khairiyah
5. Faridah
6. Norul Hudda
7. Haji Mohd Aminuddin

Manakala perkahwinan keduanya dengan Hajah Zaharah, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ahmad Zaharuddin.

 Tuan Guru Haji Mohd Amran Bin Haji Mohd

Beliau meninggal dunia pada 12 Jun 1995 dalam usia 67 tahun. Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Karai, Enggor, Kuala Kangsar berhampiran makam ayahnya.

Sumber - En Lokman (cucu Allahyarham), Tengku Yusuff, Jejak Ulama Nusantara





KONGSIKAN:



  • Pengaruh arak terhadap Bani Melayu sejak berzaman

    Zainuddin OmarSemasa saya di zaman persekolahan iklan begini sesuatu yang lazim di surat khabar Utusan Malaysia dan majalah tempatan.Kenapa diiklan dalam Utusan Malaysia?Ianya dituju pada Bani Melayu yang sudah ramai minum arak pada zaman tersebut.Budaya barat cuba diterap ke dalam kehidupan orang melayu sehinggakan ‘togok’ arak seperti perkara laz... Baca Selanjutnya

  • Info menarik, sejauh mana pencapaian akedemik Raja-Raja Melayu

    Tahap pencapaian Pendidikan Para Sultan di Alam Melayu.1. Sultan BruneiAkademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom2. Sultan KelantanPusat Pengajian Oxford UK,bahagian Pengajian Islam jurusan kajian diplomatik3. Sultan TerengganuUniversiti Antarabangsa Alliant,London, Jurusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang pengkhususan Hubungan Antara... Baca Selanjutnya

  • Rasa gagah melihat baju besi milik Sultan Brunei ke 16

    Baju besi Sultan yang pernah menguasai sebahagian besar pulau Borneo (Sarawak, Sabah dan kalimantan) suatu ketika dahulu.Baju besi milik Sultan Husin Kamaluddin, Sultan Brunei yang ke 16. Lambang yang tersemat di pelapik tembaga di bahagian dada kanan baju besi ini adalah lambang Kesultanan Brunei lama iaitu di zaman pemerintahan Sultan Hussin Kama... Baca Selanjutnya

  • Adakah orang Filipina berbangsa Melayu?

    Politik perkauman Singapura telah mengelirukan status perkauman bagi pendatang Filipina..Sekiranya ditanya mengenai bangsa mereka, kebanyakan orang Filipina akan mengenal pasti sebagai orang Melayu. Orang-orang Filipina diajar di sekolah-sekolah untuk berbangga dengan warisan Melayu mereka dan digalakkan untuk mengeratkan hubungan mereka dengan ora... Baca Selanjutnya

  • Naskah Laut Mati : Dokumen kuno rebutan ahli Arkeologi abad ke 20

    Naskhah Laut Mati – Skrol purba mengandungi pelan rumah ibadah pertama yang dibina Nabi Daud atas perintah AllahKetika seorang penggembala kambing bernama Muhammad Al-Dhib menjejaki haiwan-haiwan ternakannya di sekitar gua di Laut Mati, tanpa disangka beliau telah menemui beberapa naskhah kuno yang tersembunyi di dalam gua tersebut.Ia merupakan sat... Baca Selanjutnya

Ikuti kami di Telegram KLIK DI SINI

Ads Bottom