Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Matinya sang penyembelih rakyat

 


Lahir dengan nama Saloth Sar pada 19 Mei 1925 di Prek Sbauv kira-kira 100 batu Utara Phnom Penh, Pol Pot datang daripada keluarga peladang yang kaya. Dia mula terlibat dalam pergerakan komunis ketika belajar di Perancis.

Dia pulang ketika kemuncak penentangan terhadap penjajah Perancis sehingga kemerdekaan dicapai pada tahun 1953. Ketika itu, dia menyertai Parti Revolusionari Rakyat Kampuchea (PRRK) seterusnya mendaki tangga kuasa parti itu.

Setelah Putera Norodom Sihanouk digulingkan dalam kudeta pimpinan Jeneral Lon Nol pada 1970, Pol Pot mengepalai Khmer Rouge, kumpulan pecahan daripada PRRK untuk melancarkan pemberontakan terhadap kerajaan baharu yang menyokong blok Barat

Perang tamat apabila Khmer Rouge menguasai Phnom Penh pada April 1975. Kejayaan itu diraikan rakyat dan Pol Pot mengisytiharkan kerajaan komunis Kampuchea Demokratik pada 5 Januari 1976 - sebelum rakyat menyedari ‘warna’ sebenar Khmer Rouge.

Pol Pot

Dalam mencapai matlamat melenyap pengaruh Barat dan membentuk masyarakat tani, rakyat dikerah bekerja di ladang; orang berpendidikan serta agamawan dibunuh. Selain itu sekolah, hospital, akhbar, kebudayaan serta kesenian dihapus. Siapa yang melawan akan dihantar ke kem tahanan untuk bertemu ajal. Genosid itu membunuh antara 1.5 hingga tiga juta nyawa termasuk kanak-kanak. Ratusan ribu etnik Melayu Champa beragama Islam juga turut dibunuh kejam.

Rejim Pol Pot bertahan untuk tiga tahun hingga Disember 1978 bila Vietnam menceroboh Kampuchea dan menguasai Phnom Penh lalu Khmer Rouge lari bersembunyi di hutan. Pol Pot bersara pada 1985 tapi kekal berkuasa sebagai ketua Khmer Rouge dan meneruskan tindakan gerila terhadap kerajaan.

Pol Pot ditangkap pada 1997 oleh anggota partinya sendiri ekoran perebutan kuasa dalaman dan dihukum penjara seumur hidup dalam tahanan rumah. Pada 15 April 1998, dia mati dalam tidurnya akibat serangan jantung.

Tubuhnya diawet dengan ais bila proses pembalseman dengan formaldehid gagal bagi membolehkan wartawan merakam bukti kematiannya sebelum dibakar tiga hari kemudian dibakar dalam timbunan tayar dan sampah.

Sumber: History, Phnom Penh Post


Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom