Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Maksud replika bahtera di atas kubah makam Imam as Syafie


Di antara Kubah unik yang ada  di Mesir adalah Kubah al-'Allamah Muhammad bin Idris as-Syafie (Imam Syafie).

Kubah yang pada umumnya terdapat bulan bintang, atau bulan sabit, kubah Imam Syafii berbeza. Kubah yang dibina pada abad ke enam (6) hijrah ini terdapat perahu kecil  yang dibina daripada alumunium di atasnya. 

Orang Mesir menyebut perahu itu dengan "Usyara" iaitu perahu sungai Nil yang biasa ditumpangi para raja, atau pembesar negara dahulunya. 

Banyak yang bertanya mengapa ada perahu kecil di atas kubah itu. Ada maksud tertentu atau diletakkan secara tidak sengaja. 

Beberapa buku sejarah menceritakan perahu itu adalah tempat untuk orang-orang meletakkan gandum atau biji-bijian dan air untuk memberi makan burung-burung.

Namun rasanya tidak masuk akal, kerana tempat itu terlalu tinggi untuk setiap kali mengisi biji-bijian, juga tidak sopan meletakkan makanan di atas makam seorang Imam. 

Jawapan yang munasabah seperti yang terdapat dalam kitab "Tahrir tanqihul lubab"  karya Imam Zakaria al-Anshari. Di muka kitab terdapat gambar kubah ini. Syeikh Hisyam Kamil dalam sebuah kuliah di Masjid al Azhar menceritakan bahawa perahu itu simbolik sepertinya sebuah bahtera yang menjadi pengangkutan laut. Bahtera di atas kubah ini, menandakan bahawa yang berada di bawahnya adalah lautan ilmu. 

Bahawa bahtera tidak diletakkan kecuali di atas lautan dan Imam Syafie adalah lautan ilmu

Hal itu kerana Imam Syafie adalah daripada keturunan Rasulullah saw dan baginda Rasulullah saw mengkhabarkan bahawa suatu saat nanti akan lahir daripada keturunan Bani Quraisy seorang yang sangat alim dan ilmunya memenuhi muka bumi. 

Para ulama sepakat bahawa orang yang dimaksud adalah Imam Syafie kerana beliau sememangnya dari keturunan Bani Muttalib dan tidak ada di antara Mazhab yang empat yang berasal dari bangsa Quraisy kecuali Imam Syafie. Hadis ini kemudian dipahat dan menjadi hiasan di langit-langit kubah Makam Imam as-Syafie.

























Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom