Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Variasi Tanpa Limitasi

Masukkan carian anda di sini !

Baharuddin tetap pegang pistol sehingga nafas terakhir



Saya tak dapat bayangkan bagaimana seorang anggota polis yang dah nak pencen dalam setahun dua lagi, menjadi begitu berani dan bersemangat sewaktu berhadapan tak kurang daripada 13 orang penyeludup dadah ganas dalam kegelapan malam di sempadan Malaysia-Thailand.

Biarpun hanya menggengam sepucuk pistol di tangan, Koperal Baharuddin Ramli dan seorang lagi rakan seperjuangannya, Koperal Norihan Tari masih mampu membalas tembakan dan mencederakan lawan mereka sehingga habis semuanya bertempiaran melarikan diri.

Sekurang-kurangnya tiga penyeludup tersebut cedera termasuk salah seorang daripadanya parah. Mereka ditangkap di sebuah hospital di selatan Thailand ketika cuba mendapatkan rawatan dek penangan peluru yang dilepaskan oleh Baharuddin dan Norihan.

Ini bagi saya satu semangat dan keazaman luar biasa yang dimiliki dua orang anggota polis senior ini. Siapa sangka daripada hanya hendak membuat tinjauan dan risikan, mereka boleh terserempak dengan kumpulan penjenayah yang memang sekian lama membenci dan menyimpan dendam dengan anggota Senoi Praaq, sebuah pasukan yang kita semua tahu bukan mudah untuk diperkotak katikkan.

Sayangnya harga yang perlu dibayar kedua-dua mereka cukup mahal. Baharuddin yang ditembak dua das di bahagian perut, hanya sempat berundur seketika sebelum rebah dan menghembuskan nyawanya yang terakhir.

Manakala Norihan pula 'bertarung' di bilik bedah kerana tiga butir peluru menembusi badannya hingga mengakibatkan ususnya bocor. Sebak saya sewaktu membaca laporan yang mengatakan mayat Baharuddin ketika ditemui masih lagi menggengam erat pistol hak kerajaan yang digunakannya.

Untuk rekod, tidak ada sebutir peluru pun yang tinggal dalam pistol tersebut, maknanya mereka begitu bersungguh-sungguh berbalas tembak dengan penyeludup dadah berkenaan walaupun dia sedar dalam keadaan genting itu, nyawanya betul-betul berada di hujung tanduk.

Saya percaya di atas semangat yang luar biasa itu, kedua-dua mereka adalah calon paling layak untuk dipertimbangkan bagi dianugerahkan pingat keberanian tertinggi negara iaitu Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan kenaikan pangkat secara 'posthumous' iaitu kenaikan yang diberikan kepada anggota yang terkorban ketika sedang bertugas.

Ternyata jasa mereka berdua tiada tolok bandingnya terutama dalam mengangkat nama Senoi Praaq, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan PDRM khususnya serta negara amnya.

Sesungguhnya kita terhutang budi pada mereka berdua. Salute untuk mendiang Koperal Baharuddin Ramli dan Korperal Norihan Tari!

Tulisan asal : Syahril A. Kadir

Gambar penjenayah yang cedera dan ditangkap









PROMOSI BUKU

Gambar Buku

Kitab Tamadun Yahudi

Orang Yahudi hari ini adalah antara bangsa yang menguasai dunia. Tetapi sudah tentu, apa yang dicapai oleh bangsa Yahudi ini merupakan hasil perjalanan lebih 5,000 tahun tamadun mereka. Buku ini meneroka sejarah, kebudayaan, malahan agama Yahudi itu sendiri daripada menjadi bangsa pilihan TUHAN untuk diturunkan kepada para nabi, kepada bangsa yang sering ditohmah pada zaman moden dengan 1001 kisah konspirasinya. KITAB TAMADUN YAHUDI merangkumi sejarah bangsa Yahudi membina peradaban mereka di dunia. la ditulis merangkumi sejarah peperangan, agama, kebudayaan, malahan pencapaian-pencapaian mereka.

INFO LANJUT KLIK DI SINI


KONGSIKAN:



SHOPEE MALAYSIA
Cadar Kalis Air (Waterproof) untuk Masalah Anak Kencing Malam
Bedsheet Waterproof Tilam Kalis Air Kencing Malam Cadar Single/QUEEN Mattress Protector Cover
RM17.30
BELI SEKARANG

Ads Bottom