Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Watak "Cip" bawa Ibrahim Pendek ke Hollywood



Tahun 1962

Siapa sangka watak ‘Sarjan’ lakonan Ibrahim Pendek dalam filem Ali Baba Bujang Lapok membawa tuah apabila gelagat beliau dalam filem itu menarik minat ejen dari Universal Studio. Watak Ibrahim Pendek yang digelar 'Cip' oleh rakan kumpulan penyamun, tetapi mempunyai sosok tubuh rendah dan tegas menjadi titik tolak beliau mendapat tawaran berlakon dalam filem "The Spiral Road", seterusnya mencatat sejarah sebagai pelakon Malaysia pertama menembusi layar Hollywood.

Ejen tersebut telah menghubungi Shaw Brothers dan menawarkan Ibrahim Pendek watak pembantu kepada kacak Rock Hudson (Dr. Anton Drager) dalam filem “The Spiral Road” yang ditayangkan pada tahun 1962. Turut berlakon ialah Burl Ives (Dr. Brits Jansen) dan Gena Rowlands (Els Van Duin). Sesuatu yang membanggakan babak-babak yang melibatkan wataknya sebagai Stegomyia, pembantu Dr. Anton Drager, Ibrahim Pendek bertutur dalam bahasa Melayu. Ibrahim Pendek terbang ke Hollywood pada 18 Ogos 1961 dan menjalani penggambaran selama 54 hari. Khabarnya selama berada di sana, Ibrahim Pendek tinggal di sebuah banglo milik Rock Hudson.

Bermula dari filem itu, Ibrahim Pendek bukan sahaja telah mencatatkan sejarah dalam dunia perfileman Melayu sebagai seniman pertama berlakon dalam filem terbitan Hollywood malah beliau mempertahankan semangat jati diri dengan bertutur bahasa Melayu! Setelah filem tersebut Ibrahim Pendek menerima tawaran daripada Hollywood untuk membintangi filem-filem terbitan mereka. Sayangnya permohonan visa beliau tidak diluluskan. Walaupun kecewa tetapi sekembalinya dari Hollywood, tawaran berlakon dari MFP tidak pernah terhenti dan Ibrahim Pendek masih meneruskan kerjayanya sebagai pelakon sehinggalah Studio Jalan Ampas tutup pada tahun 1967.

Sumber: Ladybosz













KONGSIKAN:



Ikuti kami di Telegram KLIK DI SINI

Ads Bottom