Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Variasi Tanpa Limitasi

Masukkan carian anda di sini !

Miew Pak akhirnya menyerah diri



Pada 20 September tahun 1955, Miew Pak, Setiausaha Jawatankuasa Komunis bagi daerah Raub, Pahang telah menyerah diri kepada pihak berkuasa Sungai Ruan selepas lebih kurang lapan tahun hidup dalam buruan. Keputusan itu dibuat selepas kerajaan mengisytiharkan pengampunan kepada mana-mana pengganas komunis yang meletakkan senjata pada 8 September 1955. Beliau merupakan orang keenam dengan jawatan tertinggi dalam komunis yang berbuat sedemikian setakat ini.


Miew Pak yang tinggal di dalam hutan sejak pengganas komunis melancarkan serangan pada tahun 1948, merupakan antara pengganas yang paling dikehendaki di Pahang. Beliau di bawa ke balai polis Sungai Ruan dengan pakaian seragam komunis dan ditahan untuk tindakan selanjutnya. Ini merupakan satu kejayaan besar dalam usaha kerajaan untuk memerangi pengganas komunis di Tanah Melayu.

Ikuti kami di TELEGRAM klik https://t.me/xplorasicom

KONGSIKAN:

Iklan

Perkhidmatan Ejen Setem (STAMPING)
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

📄 Perjanjian Sewa
👔 Kontrak Kerja
🎓 Pinjaman Pelajaran
📦 Perbekalan & Perkhidmatan
📑 Lain-lain dokumen

Penghantaran dokumen permohonan di dalam format PDF dan serahan sijil e-Setem akan di serahkan melalui WhatsApp sahaja. Ketulenan sijil e-Setem boleh disemak di laman sesawang stamps.hasil.gov.my. Dipercayai, mudah dan pantas.

Ejen Berdaftar LHDN (No: 629732)

HUBUNGI 011-12663461

WHATSAPP SEKARANG



Ads Bottom