Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

"..Tolong bagi saya minyak enjin.."



Jika minyak enjin digunakan untuk melicinkan pergerakan komponen dalaman enjin, tetapi lain kisahnya dari Karnataka, India, mengenai seorang lelaki yang memiliki tabiat pemakanan yang pelik.

Dikenali penduduk setempat sebagai "Oil Kumar", dia dilaporkan bertahan hidup bukan dengan nasi, chapati, atau sayur-sayuran, tetapi minyak enjin.

Menurut catatan Instagram yang tular, Kumar yang berasal dari daerah Shivamogga, telah mengikuti diet luar biasa ini selama lebih tiga dekad. 

Setiap hari, dia dipercayai mengambil hampir tujuh hingga lapan liter minyak enjin, diiringi secawan teh. 

Walaupun teh adalah minuman biasa, minyak enjin adalah produk berasaskan petroleum yang beracun dan tidak selamat untuk manusia. 

Video tular menunjukkan orang menawarkan makanan biasa kepadanya, tetapi dia menolak. Sebaliknya, dia dilihat tenang minum minyak terus dari botol. 

Di sebalik rutin yang berbahaya, Kumar dikatakan tidak pernah dimasukkan ke Hospital atau mengalami sebarang masalah kesihatan serius yang memerlukan rawatan perubatan. 

Kumar sendiri mengaitkan kelangsungan hidupnya dengan berkat Tuhan Ayyappa. Menurutnya, ia tidak mungkin berlaku tanpa rahmat tuhan. 

Bagi pakar perubatan pula, mereka sangat tidak bersetuju. Doktor memberi amaran bahawa menelan minyak enjin adalah sangat berbahaya. 

Menelannya boleh merosakkan organ dalaman, manakala menyedutnya ke dalam paru-paru boleh mengancam nyawa. 

Walaupun kisahnya menarik minat ramai dalam talian, pakar meminta agar berhati-hati tidak mengagungkan tabiat sedemikian. 

Mereka mengingatkan orang ramai bahawa minyak enjin tidak sesuai untuk diminum manusia.




KONGSIKAN:



Ads Bottom