Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Variasi Tanpa Limitasi

Masukkan carian anda di sini !

Kartografi lama ceritakan suasana empayar kesultanan Melayu Melaka


Sebuah naskah kartografi lama yang dihasilkan pada tahun 1550 telah mencatatkan beberapa fakta sejarah berkaitan empayar Kesultanan Melayu Melaka. Terdapat fakta atau informasi yang tercatat di dalam peta lama yang berusia 472 tahun tersebut menceritakan tentang keadaan empayar Kesultanan Melayu Melaka sebelum penjajahan tentera Portugis yang berlaku pada tahun 1511, kira-kira 39 tahun sebelum peta ini disiapkan pada tahun 1550.

Peta yang bertajuk Desceliers Map of the World ini telah dihasilkan oleh Pierre Desceliers yang merupakan seorang ahli kartografi Perancis dan juga ahli terkemuka kepada Sekolah Kartografi Dieppe. Selain itu, beliau juga dianggap sebagai bapa hidrografi Perancis. Pierre Desceliers sangat rapat dengan Jean Ango dan Dieppois, penjelajah Giovanni da Verrazzano. Walaupun nampaknya mungkin beliau tidak mengambil bahagian dalam mana-mana pelayaran, beliau dapat mengumpulkan maklumat termasuk portolan dan memasukkan maklumat ini ke dalam petanya sendiri.

Berbalik kepada peta yang dihasilkan beliau, terdapat catatan maklumat atau informasi berkaitan empayar Melaka (Ditulis sebagai Melalque) di dalam peta lama tersebut.Catatan tersebut setelah diterjemahkan kedalam Bahasa Inggeris adalah memberi maksud sebagai:

Malacca is a town whose king and inhabitants hold the faith of Mahomet, and are tributary to the king of China. They wear long hair, and are of the colour of ashes. There is a trade in aromatic spices. There are very pretty parrots, sandalwood, and tin. The beasts of this country are elephants, horses, sheep, cattle, leopards, buffaloes, and peacocks. (Berdasarkan dokumen Transcations and Proceedings of the Royal Geographical Society of Australasia, New South Wales Branch Vols. III and IV. (1st January, 1885 to 31st December. 1886.)).

Terjemahan di dalam Bahasa Melayu:

Melaka ialah sebuah bandar yang raja dan penduduknya memegang kepercayaan Mahomet (Nabi Muhammad S.A.W), dan merupakan tributari (naungan) kepada raja China. Mereka memakai / berambut panjang, dan berwarna abu (Warna kelabu atau kelabu coklat). Terdapat perdagangan dalam rempah aromatik. Terdapat burung kakak tua, cendana, dan timah yang sangat cantik. Binatang di negara ini ialah gajah, kuda, biri-biri, lembu, harimau bintang, kerbau, dan burung merak.

Maklumat yang tercatat di dalam naskah kartografi ini membuktikan bahawa empayar Kesultanan Melayu Melaka sangat hebat dan penuh gemilang sehingga tercatat dan direkod di dalam kebanyakan kartografi lama sejak sekian lama dahulu.

Sumber peta dan maklumat:
1. British Library.
2. Transcations and Proceedings of the Royal Geographical Society of Australasia, New South Wales Branch Vols. III and IV. (1st January, 1885 to 31st December. 1886.)
3. Persatuan Kartografi Melaka

PROMOSI BUKU

Gambar Buku

Kitab Tamadun Yahudi

Orang Yahudi hari ini adalah antara bangsa yang menguasai dunia. Tetapi sudah tentu, apa yang dicapai oleh bangsa Yahudi ini merupakan hasil perjalanan lebih 5,000 tahun tamadun mereka. Buku ini meneroka sejarah, kebudayaan, malahan agama Yahudi itu sendiri daripada menjadi bangsa pilihan TUHAN untuk diturunkan kepada para nabi, kepada bangsa yang sering ditohmah pada zaman moden dengan 1001 kisah konspirasinya. KITAB TAMADUN YAHUDI merangkumi sejarah bangsa Yahudi membina peradaban mereka di dunia. la ditulis merangkumi sejarah peperangan, agama, kebudayaan, malahan pencapaian-pencapaian mereka.

INFO LANJUT KLIK DI SINI


KONGSIKAN:



SHOPEE MALAYSIA
Cadar Kalis Air (Waterproof) untuk Masalah Anak Kencing Malam
Bedsheet Waterproof Tilam Kalis Air Kencing Malam Cadar Single/QUEEN Mattress Protector Cover
RM17.30
BELI SEKARANG

Ads Bottom