Majlis Raja-Raja telah bersepakat memilih nama gelaran Yang di-Pertuan Agong dan menolak gelaran Yang di-Pertuan Besar, kemudian pada sidang yang sama, kesemua sembilan Raja-Raja Melayu turut mengundi perlantikan Yang di-Pertuan Agong yang pertama.
Jika berdasarkan tempoh Raja-Raja Melayu yang lama memerintah, Major-Jeneral Sultan Sir Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar yang ditabal menjadi Sultan Johor pada tahun 1895 merupakan Sultan yang paling lama memerintah. Baginda yang berusia 83 tahun ketika itu menolak perlantikan tersebut atas sebab lanjut usia.
Yang kedua dalam turutan Sultan Pahang iaitu Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassim Billah Shah, yang memerintah pada tahun 1932, namun baginda tidak mendapat mandat secukupnya untuk dilantik.
Yang ketiga lama memerintah seterusnya adalah Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kelapan yang menaiki takhta pada tahun 1933, kemudiannya telah mendapat undi yang cukup oleh Majlis Raja-Raja untuk dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Persekutuan Tanah Melayu yang pertama.
Sumber: Media Digital Johor
KONGSIKAN:



