Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Variasi Tanpa Limitasi

Masukkan carian anda di sini !

Mengenang pemergian Ismail Din



Dulu kalau nampak mukanya di kaca televisyen kita sudah tahu mesti akan pecah perut. Arwah Ismail Din atau lebih mesra dengan panggilan Pak Mail memang "legend" yang tiada ada pengganti. Mimik mukanya yang spontan dan caranya berlakon nampak semulajadi sampai kita pun ikut ketawa sekali.

Ismail Din berasal dari Alor Setar, Kedah dan lahir pada tahun 1951. Minatnya di dalam dunia seni memang sejak muda lagi. Bayangkan pada tahun 1964, beliau dengan sahabatnya telah menubuhkan kumpulan teater Angkatan Seni Alor Setar. Bermula dari situ bakatnya mula diasah sebelum masuk ke industri filem Malaysia.

Wataknya yang paling ikonik mestilah sebagai Dato Meera dalam filem Mami Jarum dan Mamu Nasir dalam Anak Mami The Movie. Gaya gelak dan cara beliau bersembang memang cukup diingati. Namun, jangan silap, beliau bukan setakat pandai berjenaka sahaja. Jika beliau membawa watak sedih macam dalam drama Pondok Buruk, memang boleh luruh jantung penonton dibuatnya.

Apa yang paling buat ramai orang tersentuh adalah kisah pengakhiran hidupnya. Pada 22 Oktober 2005 bersamaan bulan Ramadan, ketika beliau sedang mengerjakan umrah di Mekah. Selepas selesai solat terawih, beliau sedang bertasbih di hadapan Kaabah sebelum tiba- tiba diserang sakit jantung.

Dia menghembuskan nafas terakhir di tanah suci pada usia 54 tahun dan jenazahnya dikebumikan di sana. Ramai yang menyifatkan itu adalah pengakhiran yang sangat indah bagi seorang insan yang baik hati. Pak Mail dah tinggalkan banyak memori indah untuk kita semua.




KONGSIKAN:



Ads Bottom