Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Variasi Tanpa Limitasi

Masukkan carian anda di sini !

Laungan "Allahuakbar" menghalau pengganas komunis


 

Tuan Guru Haji Ahmad Bin Haji Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Pak Su Haji Ahmad J.P. oleh penduduk Daerah Baling dilahirkan pada tahun 1909 bersamaan 1329 Hijrah. Bapa beliau Haji Abdul Rahman Bin Haji Abdullah Bin Haji Abdul Latif al-Fathani ialah keturunan ulama Patani yang berasal dari Kota Baharu, Reman. 

Keluarga ayah beliau berpindah dari Patani ke Kota Kuala Muda di Kedah dan seterusnya berpindah ke Kupang, Kedah untuk menyertai kaum kerabat beliau yang tinggal di pesisir Sungai Kupang seperti Kampung Sadik, Kampung Tanjong , Kampung Pisang dan Kampung Jerai.

Beliau mendapat pendidikan tidak formal sewaktu kecil, manakala pendidikan formalnya diperolehi di Pondok Kemelong, Sik, Kedah sama seperti sepupu beliau Tuan Guru Haji Yahya Toha. Dikatakan, beliau juga turut berguru dengan Tuan Guru Haji Yahya ini.

Pondok Kemelong, Sik yang pada waktu itu berada di bawah pentadbiran Tuan Guru Haji Yaakub Bin Haji Abdul Rahman adalah sebuah pusat pengajian yang terkenal di Kedah selepas Perang Dunia Pertama (1916). Pelajarnya datang dari pelbagai pelosok dalam Nusantara seperti Indonesia, Patani, Legor, Bangkok dan Kampuchea. 

Selepas tamat belajar di Pondok Kemelong, Tuan Guru Haji Ahmad berangkat ke Mekah dan kembali semula ke tanah air pada tahun 1940 iaitu sebelum Jepun menduduki Tanah Melayu. Kepulangan beliau membawa kekuatan kepada Madrasah Khairiah kerana peranan beliau sebagai penolong dan penasihat Tuan Guru Haji Yahya Toha. Beliau memegang jawatan pengerusi madrasah tersebut daripada tahun 1935 hingga 1969. 

Antara sumbangan beliau yang penting selain dalam bidang pendidikan agama ialah menghapuskan keganasan komunis di Daerah Baling dengan melancarkan perang sabil (jihad) bersama sepupunya Tuan Guru Haji Yahya Toha. 

Semasa pemerintahan Bintang Tiga (komunis) - masa peralihan ke tangan Inggeris berlaku bermacam-macam keganasan dan kekejaman terhadap rakyat. Pada masa inilah Tuan Guru Haji Yahya murid-muridnya memainkan peranan yang paling berjasa dan orang hingga kini. Pada masa itu Sekolah Melayu Kupang menjadi markas Bintang Tiga menjalankan aktiviti mengganggu orang kampung. Tuan Guru Haji Yahya bersama rakannya, Tuan Guru Pak Su Haji Ahmad telah mengetuai perarakan menghalau komunis dengan laungan takbir dan zikir "La ilaha illallah" dan berhenti di Masjid Kuala Kupang yang bertentang dengan markas Komunis Bintang Tiga. Di masjid inilah mereka bertakbir dan berzikir dengan kuat menyebabkan pihak komunis melarikan diri dan keadaan pun kembali pulih.

Antara jasanya yang lain ialah, beliau di antara tokoh yang sangat berusaha membawa Dato Onn ke Madrasah Khairiah untuk menyemarakkan semangat anti British melalui penentangan terhadap Malayan Union. Perhimpunan yang melibatkan lebih 15,000 orang itu turut dihadiri Sultan Kedah. 

Madrasah Khairiah di bawah kepimpinan Tuan Guru Haji Ahmad JP dan Tuan Guru Haji Yahya Toha boleh dikatakan tempat di mana kesedaran politik disemai dalam kalangan penduduk di Daerah Baling, Perak Utara dan Kedah. 

Kerana jasanya menghadapi komunis beliau dianugerahkan pingat M.B.E (Member of British Empire) oleh Kerajaan British dan pernah dilantik menjadi exco kerajaan negeri Kedah daripada tahun 1947 hingga 1957.

Peribadinya, seorang yang sangat penyayang dengan anak anaknya. Setiap kali pulang dari bertugas, ada sahaja buah tangan diberikan untuk anak-anak beliau.

Beberapa anaknya yang diketahui ialah :

1. Prof Madya Ustaz Haji Zawawi - Ahli Parlimen Padang Terap (murid Tuan Guru Haji Yahya Toha)

2. Dato' Muhammad Nakhaie - YADIM

3. Brig. Jen. Dato' Najmi - Kagat

4. YB Haji Suhaimi - Adun Kupang 

Beliau meninggal dunia pada malam Jumaat tahun 1971 dalam usia 63 tahun. 

Sumber - Dr. Hashim Fauzy Yaacob, Cikgu Zaharan & buku Tokoh Ulama Semenanjung Melayu Jilid 2, Tengku Yusoff, Jejak Ulama Nusantara



IKLAN


Logo LHDN Malaysia

Ejen Perkhidmatan Stamping

Urusan setem hasil Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) kini secara atas talian. Saya Encik Hadi merupakan ejen ESTAMPS berdaftar LHDNM (No. Ejen : 620020) di bawah syarikat AL-IDARAH GLOBAL (NS0310938-M) menawarkan perkhidmatan mati setem (stamping) dokumen seperti Perjanjian Jual Beli, Perjanjian Sewa, Surat Akuan, Borang 14A, Perjanjian Perkongsian Perniagaan dan lain-lain dokumen.

✔️ Perkhidmatan profesional
✔️ Proses cepat dan dipercayai
✔️ Bantuan dokumen stamping
✔️ Respon pantas melalui WhatsApp
✔️ Caj perkhidmatan serendah RM30.00

Hubungi saya sekarang di talian 011-12663461 ATAU klik whatsapp di bawah :


WhatsApp WhatsApp Sekarang

SAYA MEMUDAHKAN URUSAN ANDA




KONGSIKAN:



SHOPEE MALAYSIA
Cadar Kalis Air (Waterproof) untuk Masalah Anak Kencing Malam
Bedsheet Waterproof Tilam Kalis Air Kencing Malam Cadar Single/QUEEN Mattress Protector Cover
RM32.20
BELI SEKARANG

Ads Bottom