Sengat ikan pari (stingray barb) adalah satu lagi senjata ampuh yang digunakan orang Melayu dulu-dulu.
Sengat pari ini sangat berbisa. Biasanya ia digunakan ke atas orang yang kebal besi.
Ada yang menyapu bilah sengat pari ini dengan kapur sirih. Apabila ditikam, tindakbalas kapur dengan darah akan menyebabkan bilah sengat pari ini menjadi rapuh dan mudah patah.
Bilah yang patah dalam tubuh badan sukar dicabut keluar dan akan menyebabkan bisa cepat merebak ke seluruh tubuh mangsa. Sengat yang patah dan tertinggal dalam badan mangsa tikaman boleh menyebabkan bengkak dan busung. Dahsyat betul senjata nenek moyang kita, Melayu.
KLIK > DAPATKAN PELBAGAI BUKU PADA HARGA DISKAUN [KEMASKINI]
KONGSIKAN: